Tuesday, December 15, 2009

Kuih Bangkit Menerjah Era Moden

Teknologi Makanan pada hari ini telah banyak membantu kehidupan kita dalam aspek penghasilan makanan yang lebih cekap, mudah serta berkhasiat. Pengunaan teknologi makanan semakin meluas dikalangan usahawan makanan kita pada hari. Langkah usahawan pengeluaran makanan terutama bumiputra menggunakan teknologi makanan dalam menghasilkan produk yang bermutu harus dipuji dan perlu kita sama menyokongnya.

Kita semua sebagai pengguna, terutama pengguna muslim perlu memberikan sokongan padu pada pengusaha makanan bumiputra ini dengan membuat pilihan membeli produk - produk keluaran bumiputra muslim yang halal lagi suci. Halal lagi suci inilah yang menjadi daya penarik utama makanan yang dikeluarkan oleh usahawan bumiputra muslim. Walaupun kekadang harga produk yang dikeluarkan oleh usahawan bumiputra ini sedikit mahal namun saya yakin sebagai seorang Islam kita pasti telah membuat pilihan bijak lagi tepat dengan membeli produk keluaran usahawan bumiputra muslim kerana konsep halal lagi suci ini amat penting bagi seseorang muslim.

Para pengusaha makanan bumiputra pun pada masa ini tidak kurang hebatnya dalam pengeluaran makanan kerana sebahagian besar pengusaha makanan ini telah pun menggunakan mesin - mesin teknologi makanan yang canggih serta hebat dalam penghasilan produk makanan.

Satu daripadanya adalah dalam pengeluaran kuih bangkit dimana mesin yang canggih telah digunakan. Penggunaan teknologi makanan dalam penghasilan kuih bangkit ini akan meningkatkan produktiviti serta juga mampu mengurangkan kos pengeluaran dan ini menjadikan produk dapat dijual pada harga berpatutan serta mampu bersaing dipasaran.

Bila melihat kepada kuih bangkit ini kekadang saya ketawa sendirian, kerana bagi kuih bangkit ini sebenarnya adalah sejenis biskut namun entah kenapa ia di kenali sebagai kuih. Pengunaan mesin penerap acuan ini mampu menghasilkan kuih bangkit dalam jumlah yang banyak hanya dengan menggunakan seorang pekerja sahaja.


Inilah kuih bangkit



Mesin penghasilan kuih bangkit


Penggunaan Teknologi Makanan dengan menggunakan mesin mampu meningkatkan pengeluaran kuih bangkit yang pada asalnya dihasilkan secara tradisional.


Bila pengeluaran banyak ia boleh dijual secara borong

4 comments:

nat said...

boleh tanya...dimanake mesin ini dipamer atau pun dijual......harganye lebih kurang berapa...thx

Along said...

Assalamu'alaikum,
Boleh minta resipi kueh bangkit ni dan di mana boleh dapatkan mesin acuan seperti gambar dan berapakah harganya?
Terima kasih.

Unknown said...

mana dapat mesin ini? nampak canggih, nak beli satu

green said...

sesiapa yg nak beli mesin ni sy ada nk jual ...yg terpakai...harga buka 17k blh nego lg jika betuk2 berminat...ada 3 acuan berlainan...jika berminat blh hubungi saya 013 2816003 (ayie)

MENULIS KEMBALI

PANDUAN TEMUDUGA

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.