Teknologi Makanan pada hari ini akan berkongsi satu kaedah bagaimana kita mampu menghasilkan produk - produk makanan untuk dipasarkan tanpa perlu kemahiran dalam teknologi makanan. Cara mudah untuk hasilkan produk tanpa perlu kita keluarkan modal yang besar adalah dengan membuat kontrak pengilangan dengan kilang - kilang yang sedia menawarkan kontrak pengilangan untuk produk yang kita ingin pasarkan.
Pada hari ini semakin ramai usahawan yang menjalankan aktiviti perniagaan makanan tanpa memiliki kilang dan dengan ini akan menjimatkan kos dan tenaga serta masa. Kontrak pengilangan dalam bahasa yang mudah adalah kita mengupah orang lain ataupun kilang untuk membuat produk -produk yang kita inginkan.
Penghasilan produk dengan teknik kontrak pengilangan ini memberikan seorang usahawan banyak kebaikan kerana usahawan ini tidak perlu mahir bidang teknologi makanan, tidak perlu bersusah payah nak cari duit untuk buat kilang, beli mesin serta servis mesin, bayar gaji, EPF, SOCSO, OT kakitangan kilang dan macam - macam perkara yang memeningkan kepala serta pelaburan yang besar dalam menghasilkan produk makanan. Kita hanya upah kilang lain yang sediaada dan kita pasarkan produk berkenaan sahaja.
Inilah trend penghasilan makanan dan pemasaran makanan pada hari ini, kita lihat sahaja dipasaraya besar seperti TESCO dan Giant. Mereka pun dah ada brand sendiri untuk produk - produk yang mereka tahu laris jualannya, seperti susu pekat manis, kicap, gandum dan pelbagai lagi .
Dengan teknik kontrak pengilangan ini, seolah - olah pasaraya besar ini membeli terus daripada kilang dan mereka boleh 'custom made' ikut kos dan citarasa mereka dan dengan ini mereka boleh tawarkan pada harga yang lebih murah jika dibandingkan dengan produk pesaing !. Ini juga menjadikan mereka dapat mengaut keuntungan yang lebih besar.
Usahawan yang menghasilkan produk melalui kaedah kontrak pengilangan ini juga, dapat memberikan tumpuan yang lebih kepada aktiviti pemasaran produk yang merangkumi; jualan, pengedaran,promosi serta pengiklan. Ini mengurangkan tekanan jika usahawan berkenaan daripada memeting kepala dok fikir masaalah kilang.
Kontrak pengilangan juga mampu memberikan usahawan peluang menambah jenis serta kategori produk untuk jual dengan cepat. Sebagai contoh usahawan boleh hasilkan dengan cepat produk berlainan kategori seperti kopi, kordial, biskut dan macam - macam produk dengan kontrak pengilangan. Jika tidak, usahawan terpaksa bina kilang kopi, kilang biskut dan kilang kordial jika nak keluarkan produk - produk ini sendiri dan ini tentu perlukan modal yang besar.
5 comments:
boleh sy tahu dgn lebih lanjut?
marketing dan distribution mcm mana?
Kontrak pengilangan ini juga di panggil O.E.M. Kalau kita melawat salah satu kilang tersebut kita mungkin akan dapat melihat beberapa produk yang anda kenali di pasarandari syarikat yang berlainan di kilangkan dibawah satu bumbung :).
Kilang ini perlu mengeluarkan banyak produk untuk syarikat2 lain demi untuk menampung kos mereka. Usahawan pula tidak perlu untuk membina kilang jika ingin mengeluarkan produk diperingkat awal. Jika anda berminat untuk mengeluarkan produk jenama sendiri, anda bolehlah menghubungi Technology Park Malaysia (TPM) Bukit Jalil. TPM menawarkan kontrak pengilangan pelbagai produk. Ada juga beberapa kilang lagi yang menawarkan kontrak pengilangan ini seperti produk kosmetik, kesihatan, kopi dan pelbagai lagi.
Untuk distribution, kita juga boleh menghantar kepada pemborong2 yang sedia ada seperti di jalan Raja Bot K.L. Pemborong2 ini menjadi one stop centre kepada pekedai2 seluruh negara untuk mendapatkan produk dengan harga diskaun bagi jualan di kedai. Cuma kita perlu bertahan kerana pemborong2 besar ini ambil barang kita secara consignment.
Saya berkerja dengan sebuah kilang OEM. Kalau sesiapa berminat keluarkan produk kapsul atau jamu sila hubungi saya di nombor 014-9702702. Terima kasih
Sy mencari kilang OEM untuk instant pasta dan spaghetti, boleh whatsapp 0176926007
Sy nk bina bisnes dlm bidang makanan paste masakan.. sy perlu contact sape ye?
Post a Comment