Oleh kerana baja dan racun perosak kimia dilarang penggunaannya di bawah sistem perladangan organik, secara langsung pencemaran kepada alam sekitar atau berlaku kes-kes keracunan di kalangan pengusaha dan pekerja serta pengguna dapat dielakan.
Kini makanan organik mula dihasilkan dengan menggunakan teknologi makanan untuk produk - produk kegunaan harian seperti sos tomato, sos cili dan pelbagai produk lagi.
Penghasilan makanan organik ini mula mendapat tempat dikalangan pengguna terutama dinegara barat dan kini ia mula memasuki pasaran negara kita. Kini di pasaraya di negara kita telah mula ada bahagian yang dikhususkan untuk pemasaran produk - produk organik.
Penghasilan dan pemasaran produk organik ini merupakan satu peluang yang amat berpotensi untuk diterokai oleh usahawan - usahawan teknologi makanan. Pengguna kini mula beralih kepada makanan organik kerana kebimbangan terdapat kesan samping terhadap pengguna bahan - bahan kimia dalam bidang pertanian.
Oleh itu bidang penghasilan makanan organik perlu diterokai oleh kita untuk memastikan pengguna memperolehi makanan yang selamat serta ia mempunyai pasaran yang luas diseluruh dunia.
Di negara kita sudah ada pensijilan produk organik yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian dibawah Skim Organik Malaysia (SOM). Dimana telah ada diwujudkan piawaian makanan organik iaitu Standard SOM adalah berasaskan kepada
Malaysian Standard MS1529:2001 The Production, Processing, Labelling and Marketing of Plant Based Organically Produced Foods.
Malaysian Standard MS1529:2001 The Production, Processing, Labelling and Marketing of Plant Based Organically Produced Foods.
No comments:
Post a Comment