Kenaikan harga gula menjadikan ramai diantara kita mencari alternative pemanis yang lain. Sebenarnya teknologi makanan beberapa tahun yang lalu telah mengemukakan pelabagai gantian pemanis selain daripada gula tebu, antaranya madu dan juga gula tiruan seperti sakarin ( saccharin) namun harganya mahal serta sifatnya adalah gula tiruan meragukan pengguna.
Kini bila harga gula naik lagi pencarian pemanis tiruan atau pemanis asli pengganti gula mula menjadi perhatian. Kini pokok stevia didapati berpotensi untuk dijadikan pemanis pengganti gula.
Stevia adalah sejenis tumbuhan agak baru di negara ini biarpun hakikatnya sudah lama digunakan di sesetengah negara sebagai bahan pemanis. Tumbuhan yang nama saintifiknya Stevia Rebaudiana, digunakan masyarakat Asli Red Indian Guarani di Amerika Selatan sejak 1,500 tahun lalu sebagai pemanis bagi ubat pahit.
Ia turut dikenali sebagai makanan tambahan dan herba merawat penyakit berkaitan kencing manis, obesiti, menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar. Namanya bagaimanapun mula menjadi sebutan penduduk tempatan kira-kira lima tahun lalu apabila khasiatnya sebagai pemanis yang sesuai di ambil pesakit diabetes heboh diperkatakan dan akhir-akhir ini dilonjak sebagai berpotensi menjadi tanaman komersial di negara kita walaupun stevia berasal dari Paraguay, Amerika Selatan.
Stevia sejenis pokok renek berdaun bujur, batangnya lembut, bunga halus dan gerutu ini juga dikenali sebagai daun manis atau madu kerana mengandungi bahan yang 200 kali lebih manis daripada gula biarpun masih ada rasa pahitnya.
Daun Stevia mengandungi dua komponen utama pemanis di dalamnya iaitu steviosid dan rebaudiosid A. Kedua-dua bahan pemanis itu akan berkurangan jika tanaman berkenaan dituai lebih awal.
Namun, jika bahan steviosid dan rebaudiosid A diasingkan dalam proses makmal, maka rasa pahit dalam stevia akan dapat dihilangkan dan ia sesuai untuk dijadikan pemanis tanpa rasa pahit. Rasa pahit yang ada pada stevia kurang digemari sesetengah orang dan menjadi antara halangan utama sebagai makanan pengganti gula.
Stevia dipercayai mula dibawa masuk ke negara ini pada 1970-an dan kajian mengenainya berterusan sehingga ke hari ini, namun hanya dikenali ramai sejak lima tahun kebelakangan ini.
Stevia sudah pun dijadikan pengganti gula di Jepun dan menguasai 40 peratus industri pemanis manakala Korea Selatan menjadi negara kedua terbesar menjadikan stevia sebagai bahan pemanis. Di Kanada, India, China, Russia dan Paraguay, bahan pemanis itu diusahakan secara komersial.
Pada satu masa dulu kerajaan Amerika Syarikat jua mengharamkan kemasukan stevia sebagai pengganti gula. Namun, pada lewat 2008, pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) mula meluluskan stevia sebagai bahan makanan yang selamat dimakan dan dikategorikan sebagai makanan tambahan dan herba bukannya pengganti gula.
Di Brazil dan Jepun berjuta -juta orang menggunakan stevia sebagai perisa makanan dan pemanis semula jadi, malah menjadi perisa makanan diluluskan sejak 20 tahun lalu. Penduduk Jepun dikatakan kumpulan pengguna terbesar menggunakan stevia bagi tujuan memaniskan hampir semua produk makanan.
Kini saya yakin dengan pengentahuan teknologi makanan yang dimiliki oleh rakyat negara ini,lambat laun tananam stevia akan mula mendapat tempat dihati pengguna Malaysia. Sedikit masa dahulu saya pernah dengar sebuah kilang memproses stevia ini telah pun beroperasi di Negeri Sembilan, namun hingga kini saya belum berkesempatan berkunjung ke kilang memproses stevia di Negeri Sembilan itu.
@Teknologi Makanan 2010
4 comments:
saya penanam stevia segara kecil kecilan d kuantan.so,pemimtaan pokok benih amat positis dan saya bekalkan kepadabyang berminat.malah gula stivia juga saya bekalkan yang terbaru sabun stevia buatan tangan saya telah pun edar d pasaran alhamdulilah ramai yang mencuba kesan amat positif.pada rakyat malaysia hindarkan gula yg membawa penyakit dan kita guna stevia yang banyak manafaat utk kesihatan kita SELAMAT MEMCUBA. CALL SAYA. OSMAN 013-3004030/0196149541
kat mana boleh saya dapatan benih stevia untuk area kuantan
salam encik... boleh saya yanya... di manakah saya boleh dapatkan pokok stevia... saya berminat nak menanamnya...
sesiapa yg berminat menyertai kursus penanaman stevia sila hubungi En abos
012-2013353 di kg sg jai 71750 lenggeng n.s
Post a Comment