Tuesday, July 20, 2010

Perniagaan Makanan Bulan Puasa

Hari ini dah 8 Syabaan 1431 Hijrah dan ini bermakna tidak berapa lama lagi kita akan mula menyambut kedatangan bulan Ramadhan ataupun bulan puasa.

Maka pada kebiasaan inilah dibulan puasa maka pelbagai juadah makanan yang sekian lama menghilang tetiba akan muncul di Bazar - Bazar Ramadhan. Bulan puasa ini ramai usahawan - usahawan baru serta usahawan bermusim akan muncul disana - sini.

Jika anda ingin mencari sedikit pendapatan tambahan, maka bulan puasa inilah satu bulan yang anda mungkin boleh cuba berniaga makanan samada makanan itu anda buat sendiri ataupun cara mudah anda jadi agent pemasaran.

Produk makanan yang popular yang boleh dijual pada bulan puasa ini merangkumi kurma dan juadah berbuka puasa, pelbagai minuman dan tak lupa jua makanan untuk menyambut hari raya.

Kek dan Biskut tetap akan menjadi pilihan disamping ketupat dan lemang sebagai juadah hari raya. Jika yang nak membeli itu buatlah tempahan awal jika tidak anda mungkin terlepas.

Pun begitu samaada anda pembuat, pemborong ataupun peruncit serta pengguna, amalan berbelanja dengan berhemah perlu di amalkan supaya kita tidak pula dibebani hutang selepas hari raya.

No comments:

MENULIS KEMBALI

PANDUAN TEMUDUGA

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.