Hari ini saya berpeluang bertemu seorang usahawan yang menjual ikan keli segar dan produk ikan keli kering. Apa yang mengejutkan saya, beliau memaklumkan kesukaran nak dapatkan bekalan ikan keli untuk dia pasarkan di pasaraya - pasaraya terutama pasaraya Mydin.
Industri penternakan ikan keli ini boom satu masa dahulu..bila boom banyak orang yang buat dan sertai dan pada masa yang sama muncul pelbagai skim cepat kaya bertopengkan pelaburan dan penternakkan ikan keli yang mana banyak menggugat industri penternakan ikan keli.
Biasalah bila benda boom, banyak yang buat penternakan ini, maka bekalan akan berlebihan maka harga pun jatuh, justeru menjadikan hasil jualan yang diperolehi tidak mampu untuk menampung kos pengeluaran dan memberikan keuntungan pada penternakan ikan keli pada masa itu.
Ini menjadikan banyak ladang penternakan lenyap satu persatu, dan kini menjadikan industri ini kekurangan bekalan. Saya banyak tahu pasal ikan keli ni kerana saudara saya ada jua buat penternakan ikan keli di Terengganu dan saya dan saudara saya tu ada kongsi di blog ini. > http://ikankelibelada.blogspot.com/
Oleh itu saranan saya bila nak buat apa jua bisnes buatlah kajian pasaran, pesaing dan dapatkan ilmu dan teknologi terkini..bila cukup faham berkenaan industri itu barulah anda ceburi dengan yakin dan usaha gigih dan istiqamah melaksanakannya..
2 comments:
pihak kami ada menyediakan keli matang.jika pihak tuan ada pasaran, boleh hubungi en aizad-019325477.kami menjual keli matang yg hanya makan pellet.rm4.20/kg, min 10kg.
sedap2.... hehehe
harian metro
Post a Comment