Sakit perut atau perut anda rasa tak selesa selepas makan mungkin menjadi tanda anda keracunan makanan.
Apa itu keracunan makanan?
Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.
Apa yang menyebabkan keracunan makanan terjadi ?
Punca keracunan makanan merangkumi ;
Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus
Bahan kimia seperti racun serangga dan racun rumpai
Logam berat seperti tembaga, raksa dan plumbum
Tumbuhan dan hasil laut yang beracun seperti kulat, cendawan dan hasilan laut bercengkerang
Apakah tanda - tanda dan gejala keracunan makanan?
Tanda dan gejala keracunan makanan bergantung kepada :
Keracunan tersebut
Kuantiti/jumlah bakteria, virus atau agen penyebab toksin yang telah dimakan
Umur seseorang
Sistem ketahanan badan (imuniti) seseorang
Pesakit itu mungkin akan mengalami :
Rasa loya
Cirit-birit
Muntah-muntah
Sakit perut
Berpeluh/demam
Sakit kepala
Apakah kesan (komplikasi) daripada keracunan makanan?
Keracunan makanan boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal. Ia juga boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan (kronik).
Apakah yang menyebabkan terjadinya keracunan makanan?
Antara sebab terjadinya keracunan makanan ialah:
Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih dari 4 jam)
Makanan tidak dimasak dengan sempurna
Makanan tidak disimpan dengan baik (makanan yang mentah di disimpan bersama dengan makanan yang telah dimasak)
Makanan yang telah sejuk tidak dipanaskan dengan sempurna
Makanan yang beku seperti daging tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum dimasak
Memakan lebihan makanan secara terus tanpa dipanaskan dengan sempurna
Kaedah penyediaan makanan yang tidak bersih
Makanan tersebut disediakan oleh orang yang menghidapi atau pembawa penyakit yang disebarkan melalui makanan seperti typhoid dan taun.
Bagaimana untuk mengelakkan keracunan makanan?
Cara-cara untuk mengelakkan keracunan makanan:
Sentiasa menjaga kebersihan
Basuh tangan dengan betul sebelum menyentuh makanan
Basuh tangan selepas keluar dari tandas
Basuh dengan bersih permukaan tempat makan atau penyediaan makanan dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan
Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga dan haiwan seperti tikus dan haiwan-haiwan yang lain
Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang telah dimasak:
Asingkan daging ayam dan makanan laut yang mentah dari yang telah dimasak
Gunakan peralatan seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untuk penyediaan makanan yang belum dimasak
Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah didalam bekas yang berbeza untuk mengelakkan dari pencemaran silang
Sentiasa masak dengan sempurna
Masak dengan sempuna, terutama sekali daging, ayam, telur dan makanan laut
Panaskan makanan atau lebihan makanan dengan sempurna
Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul
Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam
Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi didalam peti sejuk
Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih
Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman yang dibotolkan/berbungkus.
Pilih makanan yang segar dan berkhasiat
Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah (ulam, salad)
Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar
Hindari dari gerai/kedai makan yang kotor.
Apa yang perlu saya lakukan jika mengalami keracunan makanan?
Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
Simpan makanan yang disyaki untuk siasatan oleh Pegawai Kesihatan
Pastikan tiada orang lain makan makanan tersebut
Maklumkan dengan segera Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat
Oleh itu berhati - hati memilih makanan yang anda makan, pastikan makanan yang anda makan bersih, halal, berkhasiat..
Sumber rujukan : http://fsq.moh.gov.my
No comments:
Post a Comment