Fotografi Makanan merupakan perkara baru yang saya pelajari hari ini setelah baca artikel nya dalam Utusan Online hari ini..
Fotografi memainkan peranan yang penting dalam bidang pengeluaran makanan kerana ia menjadi media yang mampu menarik pembeli membeli produk ataupun pengunjung mengunjung sesebuah restauran dan banyak lagi faedahnya.
Saya masih ingat lagi pesan pensyarah saya, bahawa jika kita buat atau hasilkan makanan biar sedap dan kelihatan cantik..pasti ada yang membeli dan harga pun boleh dijual lebih pada harga biasa..
Lihat sahaja makanan di hotel yang dihidangkan , penuh hiasan dan 'custom made' untuk menjadikan iannya unik dan menyelerakan..
Contoh mudah adalah makanan tradisional pantai timur ini, bila dah masuk hotel dan dihias cantik harga pun semakin menaik walaupun diperbuat daripada bahan yang sama..
Bagi usahawan yang mengusahakan makanan haruslah diteliti gambar-gambar yang anda jadikan sebagai label produk , pastikan ianya kelihatan menyelerakan kerana gambar -gambar ini mampu menggoda pembeli bila produk anda terletak dirak - rak pasaraya, lebih lebih lagi jika kita pergi membeli pada bulan puasa.
Gambar atau imej yang menarik sudah pasti dapat menarik perhatian pembeli untuk membeli produk anda. Namun begitu untuk tidak mengelirukan pengguna perkataan " cadangan hidangan" perlu ditulis pada gambar pada label yang berkaitan.
Oleh itu jika kita buat label, menu maupun gambar-gambar yang diupload ke web atau blog pemasaran anda pastikan ia kelihatan cantik dan menyelerakan...hingga meleleh air liur..nak beli dan rasa....
Keperluan fotografi makanan yang cantik ini juga membuka ruang kepada usahawan fotografi melebarkan bidang perkhidmatan fotografi mereka...yang bukan sekadar menjadi jurufoto majlis perkahwinan saja...
No comments:
Post a Comment