Hari ini adalah hari pertama umat islam dinegara kita mula berpuasa. Saya , Alhamdullillah masih berkesempatan menyambut bulan ramadhan dan memulakan berpuasa pada hari ini.
Hari ini juga bermula nya kakitangan kerajaan berpeluang balik awal, yakni pada jam 4.00 petang bagi mereka yang mula bertugas jam 7.30 pagi. Kakitangan kerajaan dapat balik awal kerana masa rehat dan makan tengahari telah di pendekkan menjadi 30 minit sahaja..
Jadi waktu rehat pejabat kerajaan pada bulan puasa ni bermula jam 1.00 - 1.30 petang, oleh itu dengan penjimatan masa ini kakitangan kerajaan dibenarkan balik 30 minit lebih awal dari masa dibulan biasa .
Hari hari pertama berpuasa untuk tahun 2016 ini, saya tak sempat lagi nak pergi ke bazaar ramadhan tahun ini..
No comments:
Post a Comment