Jenama memainkan peranan yang amat penting bagi melariskan jualan produk bahkan jenama mampu memberikan sumbangan yang amat besar pada perniagaan makanan.
Contoh mudah kita lihat jenama kasut terkenal JIMMY CHOO, syarikat Michael Kors telah bersetuju untuk beli jenama JIMMY CHOO pada harga RM5.13 billion (makan tak habis bang).
rujuk> UTUSAN
Proses pembinaan jenama bermula dengan mencipta jenama dan kemudian membentuk logo atau cap dagang seterusnya di daftarkan di Perbandanan Harta Interlek Malaysia atau MYIPO
Tanpa pendaftaran jenama atau cap dagangan anda boleh di ambil orang lain yang kemudiannya didaftarkan di myipo dan akan menjadi milik mereka kerana konsep asas myipo adalah sapa yang daftar dahulu, maka cap dagangan itu adalah ilik mereka.
Pendaftaran Cap Dagangan ini boleh kita lakukan sendiri secara online atau hadir sendiri kepejabat myipo yang berdekatan tempat anda tinggal.
Anda juga boleh upah agen untuk bantu anda daftarkan cap dagangan ini. Walaubagaimana pun kos daftar sendiri dan upah agen adalah tak sama kerana kita turut membayar upah agen tersebut.
No comments:
Post a Comment