Sunday, October 31, 2021

TIP MEMBELI PERALAT ATAU MESIN PEMPROSESAN MAKANAN

Hari teknologi makanan nak kongsikan beberapa tips sebelum beli sesuatu mesin atau alat proses makanan.

Bagi usahawan yang buat makanan untuk dijual, sudah pasti bila barang yang di jual laku keras dan usahawan banyak menerima tempahan sudah pasti perlu meningkatkan pengeluaran bagi menampung permintaan.

Ada dua jalan yang boleh dipilih untuk tingkatkan pengeluaran samada tambah kakitangan pengeluaran atau pun membeli dan guna mesin yang boleh keluar produk dengan banyak

Walaubagaimana pun harus diingat tak semua produk makanan yang dibuat boleh kita guna mesin atau alat kerana ada kalanya memang proses itu perlu kita buat sendiri..sama ada mesin belum di cipta ataupun ia memang tidak boleh dibuat dengan mesin.

Saya masih ingat diawal pengeluaran sup bunjut sebuah  syarikat A, disebabkan permintaan meningkat syarikat A ini telah upah suri rumah untuk bungkuskan rempahratus sup itu jadi sup bunjut dan bila siap dibawa kekilang untuk dibungkus seterusnya..

 Tidak dinafikan penggunaan mesin dan peralatan akan berikan kebaikan pada usahawan makanan yang antaranya..

1. Meningkatkan pengeluaran dan mengurangkan kos

2: Kurang bergantung pada pekerja

Namun begitu sebelum anda beli mesin2 ini beberapa perkara perlu diteliti antaranya:

1: Kesesuaian mesin dengan formula atau resepi kita

2: Bekalan letrik yang di perlukan single phase atau 3 phase.

3: Bekalan letrik dari aspek kuasa..

4: After sale servis mesin

5: Status teknologi mesin.. lama ka baru ?

6: Lesen atau syarat yang diperlukan sebelum dapat guna mesin

7: Kepakaran mesin dan pekerja

8: Harga mesin

9: Jangkahayat mesin

10: Infomasi dari usahawan lain yang pernah guna mesin yang sama.


Perkara yang dinyatakan diatas perlu difikirkan oleh usahawan teknologi makanan sebelum beli mesin ataupun peralatan kerana jika silap beli jawabnya tersadai mesin begitu sahaja dan duit pun rugi.




No comments:

MENULIS KEMBALI

PANDUAN TEMUDUGA

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.