Saturday, May 9, 2009

Tawaran Kerja Di Kilang Kopi Banting Selangor


Satu tawaran kerja;

Kilang kopi kami di Banting Selangor, mempunyai kekosongan untuk warganegara Malaysia bagi jawatan berikut:

1: Pegawai Teknologi Makanan/ QA Diploma/Ijazah Teknologi Makanan.
2 : Pemandu

3: Juru proses kopi

4. Jurujual

Mereka yang berminat sila emailkan SEGERA permohonan dan resume kepada : moeen53@yahoo.com dan cc kepada nickone7@gmail.com

Tarikh Tutup Permohonan: 25 Mei 2009

Pihak kilang juga mengalu - alukan permohonan untuk pelajar-pelajar / mahasiswa/wi dalam bidang Pemasaran/Teknologi Makanan yang berminat untuk mengadakan latinan amali/praktikel di kilang kami. Pada yang berminat sila emailkan permohonan kepada moeen53@yahoo.com


Teknologi makanan

Sunday, May 3, 2009

Pembungkusan Makanan

Satu kaedah terkini pembungkusan makanan sesuai dengan kehendak semasa.

Sunday, April 26, 2009

Makanan Murah Tak Semestinya Baik Untuk Kesihatan

Makanan murah tak semestinya baik untuk kesihatan, ini merupakan tajuk berita yang aku baca dari yahoo dan makanan yang dimaklumkan adalah daripada restauran terkemuka seperti KFC yang banyak mengandungi lemak.

Dalam ekonomi yang gawat ini banyak orang mencari makanan murah, namun bagi saya jangan pula kita gadaikan aspek kesihatan. Satu cara nak dapat makanan murah adalah dengan masak sendiri yang kini kebanyakan orang kita dah malas nak buat atau dah letih nak masak.

Masak memasak ini merupakan satu bidang yang saya minat sebenarnya kerana semenjak kecik saya dok tolong ibu memasak dirumah. Oleh itu sedikit sebanyak adalah skill nak masak apa pun.Insya Allah baca resepi boleh jadi.

Wednesday, April 15, 2009

Cara Buat Coklat

Coklat ataupun chocolate merupakan manisan yang amat digemari ramai namun hingga kini saya sendiri pun masih belum mampu nak buat coklat ini walaupun dah banyak kali tengok kawan - kawan dok buat coklat ini.

Saya hanya pernah buat candy kelapa yang saya pelajari daripada arwah ibu dan sehingga kini saya masih mampu buat candy kelapa ini.

Saturday, April 11, 2009

Mesin Buat Mee Kuning

Hari ini saya dah pergi ke Gaint Kota Damansara untuk beli mesin buat mee kuning. Di Gaint ni ada jual 2 jenis mesin buat mee kuning ni, satu mesin mee kuning buatan China dan yang satu lagi mesin mee kuning buatan Itali. Harga mesin buat mee kuning ni pun berbeza.Buatan China harga lebih kurang RM35.00 manakala mesin mee kuning buatan Itali ni pula harganya RM55.00.

Saya pun beli mesin mee kuning buatan Itali ni sebab kurang yakin dengan kualiti mesin mee kuning buatan China ni..takut ada melamine..he..he. Saya rasa nak cuba buat mee kuning ini esok sebab balik rumah pun dah maghrib. Bagi saya setiap makanan yang kita minat maka kita perlu belajar dan buat. Ini kerana akan ada suatu masa kita tak dapat beli, tapi kita teringin sangat nak makan. Dalam kes saya satu daripadanya adalah mee kuning.

Mee kuning ni jika dahulunya hanya orang cina yang tahu buat, namun kini orang melayu pun dah tahu membuat mee kuning ini. Namun sesetengah tempat masih lagi sukar untuk mencari pengusaha melayu buat mee kuning ini.Oleh itu esok pagi saya akan cuba buat mee kuning ini dan daripada buat mee kuning saya akan masak mee kari pula..tunggu.....

MENULIS KEMBALI

PANDUAN TEMUDUGA

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.