Thursday, July 9, 2009
Proses Pembuatan Telur Masin
Untuk buat telur masin, telur yang digunakan adalah telur itik. Telur ayam tidak boleh dibuat telur masin, buat telur pinang bolehlah. Terdapat dua kaedah buat telur masin ini. Satu cara adalah jeruk air garam dan satu lagi teknik salutan yang macam kat kedai.
Untuk makanan sendiri teknik jeruk dengan air garam mudah namun tak sesuai untuk dipasarkan kerana teknik salutan lebih digemari ramai dan mudah untuk dikendalikan.
Teknik jeruk garam amat mudah.Telur yang segar dibersihkan dan kemudian dijemurkan pada cahaya matahari selama 3 jam untuk mengurangkan kelembapan air yang ada didalam telur. Telur kemudian direndam dalam larutan air garam tepu selama 25 hari dan kemudiannya boleh terus digunakan.
Monday, June 1, 2009
Teknologi Makanan : Rahsia Buat Kordial Perisa
Jika kita nak buat kordial perisa ros, mula - mula larutkan gula dalam air(jadikan pekatan gula), bila gula dah larut masukkan pewarna merah dan kemudianya perisa ros...zupppp..dah jadi sirap perisa ros.Sirap ini boleh dimasukkan dalam botol dan dicairkan dalam gelas dengan campur air dan ais serta susu pekat untuk jadikan sirap bandung dan diminum untuk musim panas ini.
Kaedah yang sama jika nak buat sirap perisa sarsi atau grape, gantikan perisa ros dengan perisa sarsi ataupun, grape, oren dan pelbagai perisa lagi....sungguh mudah. Buat sendiri kosnya lebih murah jika dibanding beli kat kedai sebenarnya. Cuba bandingkan gula sekilo berapa dan harga sebotol kordial perisa ini.
Sunday, May 31, 2009
Teknologi Makanan
Teknologi Makanan hari ini akan berkongsi cara mudah nak buat minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara amat tersohor untuk perubatan kerana ia mampu membunuh virus,bakteria serta kulat yang menyebabkan penyakit pada badan.
Terdapat pelbagai cara nak buat minyak kelapa dara ini. Saya kongsikan satu kaedah yang mudah iaitu buat minyak kelapa dara daripada santan.
Apa saja jenis kelapa boleh digunakan asalkan sudah cukup matang atau tua. Bagi menghasilkan satu liter minyak kelapa dara, anda memerlukan 10 hingga 20 biji kelapa.Kelapa yang telah siap diparut akan diperah untuk diambil santannya dan ditambah air dengan nisbah 1:1. Santan tadi akan ditambah dengan lapisan minyak kelapa dara dan disimpan selama lapan hingga 15 jam pada suhu bilik.
Minyak kelapa dara yang diletakkan di atas lapisan santan tadi bertindak sebagai 'umpan' atau pemangkin dalam penghasilan minyak kelapa dara dan selepas 15 jam akan terdapat tiga lapisan dengan lapisan minyak kelapa dara di tengah-tengah.Lapisan minyak tadi akan diasingkan dan ditapis menggunakan kertas turas atau tisu dengan kapas.
Selepas itu hasil turasan akan dibekukan bagi mengasingkan getah kelapa yang menyebabkan bau tengik. Selepas minyak tadi cair, ia akan dituras dua kali lagi dengan menggunakan lapisan kapas lebih ketat yang mengambil masa lebih kurang lima hari.
Pada kebiasanya proses menghasilkan minyak kelapa dara mengambil masa lebih kurang seminggu dan secara purata anda boleh memproses sehingga 200 biji kelapa sehari bagi menghasilkan 10 liter minyak kelapa dara bergantung kepada permintaan.Jualan harga minyak kelapa dara ini adalah lebih kurang RM50.00 sekilo dan 10 liter hasilan yang anda perolehi lebih kurang 10kg dan hasil duitnya adalah RM50 x 10 kg = RM500.00 ( ini harga borong)
Oleh sebab harga minyak kelapa dara yang mahal ini, produk minyak kelapa dara dibotolkan dalam 150 ml dijual dengan harga RM30.00
Oleh itu jika 10 liter = 10L x 1000ml = 10,000 ml.
Hasil Duitnya:
150ml = RM30.00
10,000ml = 10,000 ml x RM30.00/150ml = RM2,000.00
Tolak kos botol RM200.00
Net Profit = RM1800.00
So sapa kata belajaq teknologi makanan ni tak boleh buat duit ? yang penting kita usahakan dan buat , jual...
TEKNOLOGI MAKANAN
Sunday, May 17, 2009
Teknologi Makanan : Resepi Kueh Cakoi
Teknologi Makanan hari ini nak share cara buat cakoi. Ini salah satu makanan yang saya suka dan jika pandai buat boleh buat duit jual kat pasar malam. Cakoi ini asalnya kueh masakan orang cina, oleh itu saya sebagai orang melayu islam kena belajar buat sebab minat makan.
Cakoi
ADUNAN YIS
200g tepung gandum
3000ml air suam
1 sudu besar yis segera ( Instant Yeast)
DOH
1 sudu teh tawas ( alum), ditumbuk halus
400 ml air
2 sudu teh soda bikarbonat
1-2 sudu teh garam
2 sudu besar minyak
600 gram tepung berprotien tinggi
1 sudu besar minyak, untuk sapu
2 - 5 sudu besar tepung,untuk ditabur atas papan canai
minyak yang mencukupi untuk menggoreng.
Untuk adunan Yis
Gaul semua bahan hingga sebati, tutup dengan kain lembab dan biar 1 - 2 jam. Tawas dilarutkan dengan separuh air dan campurkan dengan adunan yis. Tambah baki air dan, soda bikarbonat, garam dan minyak.
Masukan tepung dan gaul menjadi doh lembut.Uli hingga adunan licin dan tutup dengan tuala lembab selama 30 minit. Uli doh selama 10 minit kemudian sapu permukaan dengan minyak dan tutup sekali lagi dengan tuala lembab. Biar lagi 2 jam.
Taburkan tepung atas papan pencanai, ambil doh setebal 1 cm, lebar 10 cm dan panjang 30 cm. Potong menjadi 20 keping. Kemudian basahkan lidi dan tekan ditengah - tengah untuk setiap potongan dan lekatkan satu potongan diatas. Buat hingga habis dan kemudian digoreng dalam minyak yang panas. Sebelum masukkan dalam kuali, tarik sikit doh itu supaya jadi panjang.
Gorengkan hingga warna kuning seperti gambar dan boleh makan terus ataupun dengan seri kaya, kuah kari dan pelbagai lagi...
Monday, May 11, 2009
Kerjaya Dalam Bidang Teknologi Makanan
SUMBANGAN IKHLAS
Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.
Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:
NAMA :NOH
Akaun Maybank No. 112361650899.