Tuesday, February 2, 2010

Pemanis Tanpa Gula - Stevia


Kenaikan harga gula menjadikan ramai diantara kita mencari alternative pemanis yang lain. Sebenarnya teknologi makanan beberapa tahun yang lalu telah mengemukakan pelabagai gantian pemanis selain daripada gula tebu, antaranya madu dan juga gula tiruan seperti sakarin ( saccharin) namun harganya mahal serta sifatnya adalah gula tiruan meragukan pengguna.

Kini bila harga gula naik lagi pencarian pemanis tiruan atau pemanis asli pengganti gula mula menjadi perhatian. Kini pokok stevia didapati berpotensi untuk dijadikan pemanis pengganti gula.

Stevia adalah sejenis tumbuhan agak baru di negara ini biarpun hakikatnya sudah lama digunakan di sesetengah negara sebagai bahan pemanis. Tumbuhan yang nama saintifiknya Stevia Rebaudiana, digunakan masyarakat Asli Red Indian Guarani di Amerika Selatan sejak 1,500 tahun lalu sebagai pemanis bagi ubat pahit.

Ia turut dikenali sebagai makanan tambahan dan herba merawat penyakit berkaitan kencing manis, obesiti, menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar. Namanya bagaimanapun mula menjadi sebutan penduduk tempatan kira-kira lima tahun lalu apabila khasiatnya sebagai pemanis yang sesuai di ambil pesakit diabetes heboh diperkatakan dan akhir-akhir ini dilonjak sebagai berpotensi menjadi tanaman komersial di negara kita walaupun stevia berasal dari Paraguay, Amerika Selatan.

Stevia sejenis pokok renek berdaun bujur, batangnya lembut, bunga halus dan gerutu ini juga dikenali sebagai daun manis atau madu kerana mengandungi bahan yang 200 kali lebih manis daripada gula biarpun masih ada rasa pahitnya.

Daun Stevia mengandungi dua komponen utama pemanis di dalamnya iaitu steviosid dan rebaudiosid A. Kedua-dua bahan pemanis itu akan berkurangan jika tanaman berkenaan dituai lebih awal.

Namun, jika bahan steviosid dan rebaudiosid A diasingkan dalam proses makmal, maka rasa pahit dalam stevia akan dapat dihilangkan dan ia sesuai untuk dijadikan pemanis tanpa rasa pahit. Rasa pahit yang ada pada stevia kurang digemari sesetengah orang dan menjadi antara halangan utama sebagai makanan pengganti gula.

Stevia dipercayai mula dibawa masuk ke negara ini pada 1970-an dan kajian mengenainya berterusan sehingga ke hari ini, namun hanya dikenali ramai sejak lima tahun kebelakangan ini.

Stevia sudah pun dijadikan pengganti gula di Jepun dan menguasai 40 peratus industri pemanis manakala Korea Selatan menjadi negara kedua terbesar menjadikan stevia sebagai bahan pemanis. Di Kanada, India, China, Russia dan Paraguay, bahan pemanis itu diusahakan secara komersial.


Pada satu masa dulu kerajaan Amerika Syarikat jua mengharamkan kemasukan stevia sebagai pengganti gula. Namun, pada lewat 2008, pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) mula meluluskan stevia sebagai bahan makanan yang selamat dimakan dan dikategorikan sebagai makanan tambahan dan herba bukannya pengganti gula.

Di Brazil dan Jepun berjuta -juta orang menggunakan stevia sebagai perisa makanan dan pemanis semula jadi, malah menjadi perisa makanan diluluskan sejak 20 tahun lalu. Penduduk Jepun dikatakan kumpulan pengguna terbesar menggunakan stevia bagi tujuan memaniskan hampir semua produk makanan.

Kini saya yakin dengan pengentahuan teknologi makanan yang dimiliki oleh rakyat negara ini,lambat laun tananam stevia akan mula mendapat tempat dihati pengguna Malaysia. Sedikit masa dahulu saya pernah dengar sebuah kilang memproses stevia ini telah pun beroperasi di Negeri Sembilan, namun hingga kini saya belum berkesempatan berkunjung ke kilang memproses stevia di Negeri Sembilan itu.

@Teknologi Makanan 2010

Monday, February 1, 2010

Tempat Nak Jual Produk Makanan Teknologi Makanan

Sebenarnya kita ada banyak tempat nak jual produk yang kita hasilkan dengan teknologi makanan ini. Namun kita kekadang kurang memberi perhatian ataupun kekadang kita rasa malu atau segan. Ini saya senaraikan tempat yang boleh kita jual produk makanan yang kita hasilkan berdasarkan teknologi makanan.

  1. Jiran tetangga.
  2. Kawasan perumahan tempat kita tinggal.
  3. Di pejabat
  4. Kantin sekolah
  5. Letak di kedai makan
  6. Kedai Petrol Station
  7. Kedai runcit dekat rumah kita
  8. Pasar malam
  9. Pasar Tani ( Tanya pegawai FAMA di pejabat FAMA yang berdekatan)
  10. Agrobazaar milik FAMA ( USJ 1 Mydin, Jejantas Ayer Keroh, Ulubernam)
  11. Pada ekspo dan karnival
  12. Pada majlis kenduri kawin
  13. Dekat Masjid pada hari Jumaat ( waktu solat jumaat berhenti ye..)
  14. Melalui internet
  15. Melalui agen (kawan - kawan )
  16. Hypermarket dan serupa market
  17. Pasar Basah
  18. Jaja keliling kampung
  19. Depan sekolah
  20. Kat parti harijadi anak kita...(buat promosi..kut ade yang sangkut)
Saya rasa setakat ini dahulu dan pemasaran ini kita kena kreatif dan ikut kehendak pasaran, sama ada dari segi harga (jangkaan yang mampu dibeli pengguna), kesesuai tempat dan sasaran pasaran.

Perkara utama kita perlu memikat pembeli kemudian ikat pembeli menjadi pelanggan. Bina rangkaian pelanggan kita...

Saturday, January 30, 2010

Tempat Nak Jual Produk


Hari ini saya nak kongsi sedikit tempat - tempat dimana kita boleh jual atau pasarkan produk - produk makanan yang telah kita buat dengan menggunakan teknologi makanan. Kekadang dengan ilmu teknologi makanan yang kita pelajari kita dapat buat bermacam - macam jenis produk makanan namun bila kita nak jual produk ini, kita menemui jalan buntu.

Bila kita berbicara tempat nak jual ini, kita juga perlu lihat jenis produk serta teknologi makanan apa yang terlibat yang telah kita gunakan untuk membuat produk makanan ini.Sebagai contoh jika kita dengan kemahiran teknologi makanan kita buat makanan sejukbeku atau lebih dikenali sebagai frozen food yang perlu gunapakai peti ais untuk disimpan atau untuk dipamerkan semasa jualan, maka jika kita nak jual dipasar malam dan pasar tani adalah tempat yang kurang sesuailah. Kecuali kita ada generator dan bawa peti ais kesana lalu sambung ke peti ais yang kita bawa dipasar tani atau pasar malam itu. Oleh itu jika kita terlibat dalam penghasilan makanan sejukbeku pasarannya adalah lebih sedikit keperluannya, iaitu perlu pakej dengan peti ais sekali !. Jika ini terjadi modal untuk memulakan perniagaan produk sejukbeku ni sudah pasti agak besar.

Bayangan yang mudah dalam aktiviti pemasaran produk sejuk beku ini adalah cara bagaimana kita nak jual ais krim. Semua tempat pengeluaran, penyimpanan, penghantaran, serta tempat pemasaran mesti tempat yang sejuk, jika tidak ais krim akan cair dan rosak. Begitulah kaedah nak jual makanan sejukbeku ni,anda mungkin kata makanan sejukbeku seperti karipap,roti canai dan seumpamanya tak cair, namun sebenarnya perubahan suhu dari sejuk beku kepada suhu yang lebih tinggi akan merosakan makanan itu terutama bakteria atau kuman boleh membiak dalam makanan sejukbeku itu, lalu menjadikan inti ataupun makanan itu basi, rosak, berbau dan jika dimakanan oleh pengguna boleh menyebabkan keracunan makanan dengan gejala sakit perut, muntah dan sebagainya.

Oleh itu saya cadangkan bagi mereka yang terlibat dalam pemasaran makanan sejukbeku pastikan rantai sejukbekunya ' cold chain' tidak terputus dimana -mana. Ini pentingnya memahami teknologi makanan dan mengaplikasikan dalam dunia perniagaan.

Tuesday, January 26, 2010

Teknologi Makanan Di PUSPRO Merlimau, Melaka

Pada hari isnin yang lepas saya berpeluang melawat Pusat Pemasaran Produk (PUSPRO), milik FAMA di Merlimau, Melaka.

Wednesday, January 20, 2010

Seminar Madu Awam dan International


Agak lama saya tak update blog Teknologi Makanan ini kerana hampir seminggu saya berada di Kota Bharu, Kelantan kerana menghadiri seminar Madu Awam dan International. Saya juga turut serta dalam 2 post conference workshop yang diadakan di USM Kubang Kerian, Kelantan.

Kehadiran saya dalam dua seminar yang bermula dari 11 Januari 2010 hingga 18 Januari 2010, banyak memberi pendedahan saintifik berkatian dengan kehebatan madu lebah ini. Seminar Madu ini bertemakan The Medicinal Used of Honey yang dijalankan bersama Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian dan FAMA serta Kementerian Pertanian Malaysia yang diadakan di Hotel Renaissance Kota Bharu.

Selama seminggulah saya menetap dihotel berkenaan yang bagi saya amat baik kemudahanya disamping lokasinya bersambungan dengan pasaraya Billion serta berhampiran dengan beberapa kedai makan tempatan, yang memudahkan saya nak makan terutama waktu malam. Bila tidor dibilik hotel ini kekadang menjadikan saya sukar nak lelapkan mata, oleh itu kena pekena teh atau nescafe bersama sahabat sambil beborak kedai kopi baru kemudian jam 2 pagi masuk tidor.

Seminar madu ini merupakan seminar kali kedua diadakan di Malaysia, kali pertama untuk seminar awam diadakan di Kedah. Dalam kedua - dua seminar ini banyak perkara serta kegunaan madu untuk kesihatan serta perubatan diketengahkan oleh Pakar Sains serta Doktor Perubatan serta Pengamal Perubatan Tradisi berkaitan penggunaan madu untuk kesejahteraan diri.

Banyak paper kajian telah dibentangkan pada seminar madu ini yang mana sebahagian besar kandungan kajian adalah berkaitan dengan kelebihan Madu Lebah Tualang dalam membantu meningkatkan kesihatan dan saya akan kongsikan pada masa akan datang.

Madu Lebah Tualang merupakan madu lebah hutan yang banyak diperolehi di Kedah dan sebahagian besar dipasarkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan jenama Agromas. Oleh itu dapatkan produk madu lebah tualang asli daripada FAMA.


Seminar Madu International 2010


Majlis perasmian dan dinner sekali


Rakan semeja semasa dinner



Me and peserta seminar daripada India


Inilah lebah yang telah dinamakan satu surah dalam al-quran yang mengeluarkan madu daripada perutnya untuk manafaat manusia sejagat.

Teknologi Makanan mencadangkan anda mengamalkan memakan madu asli satu sudu makan ( 1 tablespoon) sebelum sarapan dan sebelum tidor. Insya Allah ia banyak manafaat untuk kesihatan badan sepanjang hayat.


Madu Lebah Tualang merupakan madu lebah hutan yang dihasilkan oleh lebah liar dan turut dipasarkan oleh FAMA. Dapatkan madu ini dipejabat - pejabat FAMA negeri berdekatan dengan anda.Ia juga ada dipasarkan di kedai atau outlet milik FAMA seperti di Agrobazaar Mydin USJ1, Subang Jaya, Agrobazar RnR Ulu Bernam (menghala ke KL), Agrobazaar Jejantas Air Keroh..

Insya Allah saya akan bongkarkan rahsia kehebatan madu, urutan madu, menguji ketulinan madu dan banyak lagi pada posting akan datang. TQ

@ TEKNOLOGI MAKANAN 2010

MENULIS KEMBALI

PANDUAN TEMUDUGA

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.