Tuesday, April 10, 2012

BERHATI - HATI MEMILIH MAKANAN YANG ANDA MAKAN


Berhati - hatilah kita membeli dan memilih makanan yang dimakan oleh kita dan keluarga. Kita hendaklah pastikan makanan yang masuk kedalam mulut kita adalah halal, baik dan berkualiti bagi mengelakkan keracunan makanan.

Saya dah postkan 2 hari lepas berkaitan dengan keracunan makan dan  semalam suatu tragedi yang menyayati telah berlaku. Saya ucapkan takziah kepada keluarga dan bersabarlah diatas ujian Allah s.w.t ini..

Saya suka menyatakan kita kena pastikan bahawa makanan yang kita nak masukkan kedalam mulut itu selamat untuk di makan kerana kadang - kadang kita dah beli makan berkualiti dan selamat masa beli tu, namun kaedah kita menyimpan boleh menjadikan makanan yang pada awalnya berkualiti dan selamat itu , menjadi bahaya kepada kita.

Kesilapan menyimpan contohnya makanan yang patut kita simpan ditempat sejuk, kita dedahkan pada suhu bilik, maka  kuman boleh menyerang dan membiak pada makanan yang menyebabkan makan itu bahaya untuk kita makan tanpa kita sedari.

Oleh itu sentiasa berhati - hati, jauhi makanan yang dah basi, berbau , atau yang telah berubah daripada rupa asalnya yang sepatut..

Tuesday, April 3, 2012

Tip Elak Keracunan Makanan


Sakit perut atau perut anda rasa tak selesa selepas makan mungkin menjadi tanda anda keracunan makanan.


Apa itu keracunan makanan?
 Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.

 Apa yang menyebabkan keracunan makanan terjadi ?

Punca keracunan makanan merangkumi ;
 Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus
Bahan kimia seperti racun serangga dan racun rumpai
Logam berat seperti tembaga, raksa dan plumbum
Tumbuhan dan hasil laut yang beracun seperti kulat, cendawan dan hasilan laut bercengkerang 

Apakah tanda - tanda dan gejala keracunan makanan?

Tanda dan gejala keracunan makanan bergantung kepada :
 Keracunan tersebut
Kuantiti/jumlah bakteria, virus atau agen penyebab toksin yang telah dimakan
Umur seseorang
Sistem ketahanan badan (imuniti) seseorang

Pesakit itu mungkin akan mengalami :

Rasa loya
Cirit-birit
Muntah-muntah
Sakit perut
Berpeluh/demam
Sakit kepala

Apakah kesan (komplikasi) daripada keracunan makanan?

Keracunan makanan boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal. Ia juga boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan (kronik).

Apakah yang menyebabkan terjadinya keracunan makanan?

Antara sebab terjadinya keracunan makanan ialah:

Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih dari 4 jam)
Makanan tidak dimasak dengan sempurna
Makanan tidak disimpan dengan baik (makanan yang mentah di disimpan bersama dengan makanan yang telah dimasak)
Makanan yang telah sejuk tidak dipanaskan dengan sempurna
Makanan yang beku seperti daging tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum dimasak
Memakan lebihan makanan secara terus tanpa dipanaskan dengan sempurna
Kaedah penyediaan makanan yang tidak bersih
Makanan tersebut disediakan oleh orang yang menghidapi atau pembawa penyakit yang disebarkan melalui makanan seperti typhoid dan taun.

Bagaimana untuk mengelakkan keracunan makanan?

Cara-cara untuk mengelakkan keracunan makanan:

Sentiasa menjaga kebersihan
Basuh tangan dengan betul sebelum menyentuh makanan
Basuh tangan selepas keluar dari tandas
Basuh dengan bersih permukaan tempat makan atau penyediaan makanan dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan
Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga dan haiwan seperti tikus dan haiwan-haiwan yang lain
Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang telah dimasak:
Asingkan daging ayam dan makanan laut yang mentah dari yang telah dimasak
Gunakan peralatan seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untuk penyediaan makanan yang belum dimasak
Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah didalam bekas yang berbeza untuk mengelakkan dari pencemaran silang
Sentiasa masak dengan sempurna
Masak dengan sempuna, terutama sekali daging, ayam, telur dan makanan laut
Panaskan makanan atau lebihan makanan dengan sempurna
Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul
Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam
Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi didalam peti sejuk
Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih
Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman yang dibotolkan/berbungkus.
Pilih makanan yang segar dan berkhasiat
Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah (ulam, salad)
Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar
Hindari dari gerai/kedai makan yang kotor.

Apa yang perlu saya lakukan jika mengalami keracunan makanan?

Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
Simpan makanan yang disyaki untuk siasatan oleh Pegawai Kesihatan
Pastikan tiada orang lain makan makanan tersebut
Maklumkan dengan segera Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat

Oleh itu berhati - hati memilih makanan yang anda makan, pastikan makanan yang anda makan bersih, halal, berkhasiat..

Sumber rujukan : http://fsq.moh.gov.my

Sunday, April 1, 2012

Rahsia Makanan Buatan Sendiri


Belajar buat makanan sendiri akan memberikan banyak kebaikan kepada anda terutama dari aspek menyediakan makanan halal untuk diri dan keluarga.

Hari ini saya cuba buat kek keju yang mudah ini sebab dah lama tak buat, kira nak test skill sikit..Buat sendiri kek atau makanan lain memberikan satu kepuasan kepada pembuatnya..terutama makanan yang kita buat itu diminati dan habis dimakan.

Lebih bangga sikit jika ada yang puji le ..ha ha..Buat kek atau pun apa jua makanan atau pun masakan boleh kita semua pelajar dengan mudah jika ada minat..

Kita belajar dengan cara hadir kursus ataupun beli buku - buku yang berkaitan dengan bidang masakan yang kita minat..

Jika ada minat semua boleh jadi..Insya Allah..yang penting sanggup belajar dan mencuba buat dengan hati yang ikhlas..

Pantang larang memasak ini bagi saya adalah jangan buat dalam keadaan terpaksa..jika ada paksaan dan tekanan banyak yang tak menjadi ini kerana memasak ini sebenarnya ada seni tersendiri..

ok ..jumpa lagi.....

Saturday, March 31, 2012

Peragaan Dan Pembungkusan Serta Pemasaran Produk Makanan


Peragaan dan pembungkusan memainkan peranan yang amat penting dalam aspek pemasaran produk makanan. Pembungkusan yang sesuai dengan grafik serta rekabentuk yang menarik mampu meningkatkan jualan sesuatu produk makanan.

Ingatlah bila produk makanan anda berada dikedai, fikirkan bagaimana produk itu nak tarik pembeli membelinya..Oleh pembungkusan produk itu perlu bertindak sebagai penjual dan penarik pengguna membelinya..

Jika anda gagal melakukan ini, ada kemungkinan produk makanan yang dihasilkan oleh pengeluar sukar dilaku dipasaraya-pasaraya..





Oleh itu nak tahu lebih, boleh download ebuku yang saya bagi percuma di laman web ini..

Jumpa lagi

Friday, March 30, 2012

Rancangan Ejen Halal TV Al Hijrah

sumber : TV AL HIJRAH
Isu halal semakin diperkatakan disana sini dan ia telah menimbulkan banyak kesedaran kepada umat islam peri penting  memilih dengan teliti barangan makanan yang benar - benar disahkan halal.

Semalam saya berpeluang menonton satu rancangan di TV Al-Hijrah dalam rancangan EJEN HALAL..Rancangan ini saya yakin banyak memberi manaafaat kepada semua lapisan masyarakat tentang kefahaman halal.

Rancangan yang saya tonton itu mengupas penghasilan keju yang mana dalam pembuatan keju ini, walaupun keju itu daripada susu, namun bahan atau agen penghasilan keju dan bahan tambah yang lain ada kemungkinan bersumber daripada haiwan ataupun barang yang tidak halal.

Contoh mudah satu daripada agen penghasilan keju iaitu enzim renet yang diperolehi daripada sama ada haiwan ataupun mikrorganisam. Isunya jika di ambil dari sumber haiwan adakah haiwan itu halal ataupun disembelih secara halal ?

Dalam rancangan itu juga mendedahkan, rupa - rupanya di Pulau Langkawi ada kilang keju halal rupanya !..Oleh itu bagi memastikan keju yang kita makanan itu halal atau tidak pastikan keju itu adalah keju yang disahkan halal oleh JAKIM ataupun pengesahan halal daripada badan atau pertubuhan Islam luar negara yang di iktiraf oleh pihak JAKIM..

Nak tahu badan atau pertubuhan luar negara yang diktiraf JAKIM boleh semak ni dilaman web JAKIM

KILK > SEMAK SENARAI BADAN ISLAM DI IKTIRAF 2012


Nak cari KEJU HALAL ? KLIK > KEJU HALAL MALAYSIA



MENULIS KEMBALI

PANDUAN TEMUDUGA

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.