Wednesday, April 25, 2012

Thailand Bakal Menjadi Pusat Pengedaran Makanan Terbesar Di Asia


Thailand bakal menjadi pusat pengedaran makanan terbesar di asia sebagaimana di lapor Bernama..


Thursday, April 12, 2012

Penggunaa Teknologi Nano Dalam Industri Makanan



Nano bermaksud sesuatu yang sangat kecil. Teknologi Nano adalah perkembangan teknologi dalam skala nanometer, biasanya 0,1 sampai 100 nm (satu nanometer sama dengan satu perseribu mikrometer atau satu persejuta milimeter). 

Apabila sesuatu struktur, peralatan atau sistem wujud dalam skala nanometer, ciri- ciri bahan tersebut boleh berubah, dan membolehkan perkara- perkara yang unik dihasilkan. 

Contohnya, sesuatu ubat boleh dijadikan lebih effektif dan lebih kuat, makanan yang boleh tahan lebih lama dan mengubah struktur makanan supaya lebih bernutrisi, penghasilan  barangan yang lebih fleksibel dan sebagainya

Teknologi nano atau nanotechnology banyak dan biasa digunakan dalam pengeluaran barang elektronik yang semakin kecil. Pengunaan produk yang semakin kecil dapat menjimatkan bahan dan juga kuasa yang perlu digunakan untuk ia berfungsi

These new devices take power consumption down to as low as 2 microwatts
in standby mode, while package size falls to as small as 3x3 mm
Bagaimana pula dalam industri makanan ? Sebenarnya saya baru menerima email dari rakan di Amerika Syarikat yang telah berkongsi kisah bagaimana ' silvernano' atau nanoperak sedang dikaji dan sebahagian telah digunakan untuk melapisi bahan pembungkusan makanan.

Silver atau perak terkenal dengan fungsi antimikrobialnya, yang mana penyerapan nano silver yang halus ini kepada bakteria atau mikrorganisma yang merosak makanan mampu membunuh mikroorganisma ini dan menjadikan makanan tahan lama disimpan !.

Sebenarnya, lapisan nanosilver sedang diguna denga meluas dinegara maju untuk bekas makanan, yakni..nanosilver coated samada untuk bekas pembungkusan atau bahan pembungkusan makanan.

Peti ais jenama Daewoo dilapisi nanosilver dibahagian dalamnya.





Bekas ini pun telah dilapisi nanosilver..

Pada pandangan saya pengguna teknologi nano ini perlu diperluas dan dikembangkan dalam industri makanan dinegara kita kerana ia mampu memberikan manafaat yang banyak..

Wednesday, April 11, 2012

CARA MUDAH BUAT ROTI UNTUK HIDANGAN KELUARGA


Cara nak buat roti tidaklah sesukar yang dijangkakan dan ia tidak pun memenatkan dengan bantuan peralatan yang mudah. Hari ini saya buat roti untuk hidangan keluarga dan untuk roti bakar untuk minum petang.

Buat roti sendiri ini merupakan suatu pengalaman yang menyeronokan terutama disertai oleh ahli keluarga termasuk anak dan isteri.


Bahan nak buat roti pun tak de rumit sangat hanya, gandum, yis, gula, garam telur, susu dan juga mentega..

Tuesday, April 10, 2012

BERHATI - HATI MEMILIH MAKANAN YANG ANDA MAKAN


Berhati - hatilah kita membeli dan memilih makanan yang dimakan oleh kita dan keluarga. Kita hendaklah pastikan makanan yang masuk kedalam mulut kita adalah halal, baik dan berkualiti bagi mengelakkan keracunan makanan.

Saya dah postkan 2 hari lepas berkaitan dengan keracunan makan dan  semalam suatu tragedi yang menyayati telah berlaku. Saya ucapkan takziah kepada keluarga dan bersabarlah diatas ujian Allah s.w.t ini..

Saya suka menyatakan kita kena pastikan bahawa makanan yang kita nak masukkan kedalam mulut itu selamat untuk di makan kerana kadang - kadang kita dah beli makan berkualiti dan selamat masa beli tu, namun kaedah kita menyimpan boleh menjadikan makanan yang pada awalnya berkualiti dan selamat itu , menjadi bahaya kepada kita.

Kesilapan menyimpan contohnya makanan yang patut kita simpan ditempat sejuk, kita dedahkan pada suhu bilik, maka  kuman boleh menyerang dan membiak pada makanan yang menyebabkan makan itu bahaya untuk kita makan tanpa kita sedari.

Oleh itu sentiasa berhati - hati, jauhi makanan yang dah basi, berbau , atau yang telah berubah daripada rupa asalnya yang sepatut..

Tuesday, April 3, 2012

Tip Elak Keracunan Makanan


Sakit perut atau perut anda rasa tak selesa selepas makan mungkin menjadi tanda anda keracunan makanan.


Apa itu keracunan makanan?
 Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.

 Apa yang menyebabkan keracunan makanan terjadi ?

Punca keracunan makanan merangkumi ;
 Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus
Bahan kimia seperti racun serangga dan racun rumpai
Logam berat seperti tembaga, raksa dan plumbum
Tumbuhan dan hasil laut yang beracun seperti kulat, cendawan dan hasilan laut bercengkerang 

Apakah tanda - tanda dan gejala keracunan makanan?

Tanda dan gejala keracunan makanan bergantung kepada :
 Keracunan tersebut
Kuantiti/jumlah bakteria, virus atau agen penyebab toksin yang telah dimakan
Umur seseorang
Sistem ketahanan badan (imuniti) seseorang

Pesakit itu mungkin akan mengalami :

Rasa loya
Cirit-birit
Muntah-muntah
Sakit perut
Berpeluh/demam
Sakit kepala

Apakah kesan (komplikasi) daripada keracunan makanan?

Keracunan makanan boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal. Ia juga boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan (kronik).

Apakah yang menyebabkan terjadinya keracunan makanan?

Antara sebab terjadinya keracunan makanan ialah:

Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih dari 4 jam)
Makanan tidak dimasak dengan sempurna
Makanan tidak disimpan dengan baik (makanan yang mentah di disimpan bersama dengan makanan yang telah dimasak)
Makanan yang telah sejuk tidak dipanaskan dengan sempurna
Makanan yang beku seperti daging tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum dimasak
Memakan lebihan makanan secara terus tanpa dipanaskan dengan sempurna
Kaedah penyediaan makanan yang tidak bersih
Makanan tersebut disediakan oleh orang yang menghidapi atau pembawa penyakit yang disebarkan melalui makanan seperti typhoid dan taun.

Bagaimana untuk mengelakkan keracunan makanan?

Cara-cara untuk mengelakkan keracunan makanan:

Sentiasa menjaga kebersihan
Basuh tangan dengan betul sebelum menyentuh makanan
Basuh tangan selepas keluar dari tandas
Basuh dengan bersih permukaan tempat makan atau penyediaan makanan dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan
Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga dan haiwan seperti tikus dan haiwan-haiwan yang lain
Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang telah dimasak:
Asingkan daging ayam dan makanan laut yang mentah dari yang telah dimasak
Gunakan peralatan seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untuk penyediaan makanan yang belum dimasak
Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah didalam bekas yang berbeza untuk mengelakkan dari pencemaran silang
Sentiasa masak dengan sempurna
Masak dengan sempuna, terutama sekali daging, ayam, telur dan makanan laut
Panaskan makanan atau lebihan makanan dengan sempurna
Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul
Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam
Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi didalam peti sejuk
Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih
Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman yang dibotolkan/berbungkus.
Pilih makanan yang segar dan berkhasiat
Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah (ulam, salad)
Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar
Hindari dari gerai/kedai makan yang kotor.

Apa yang perlu saya lakukan jika mengalami keracunan makanan?

Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
Simpan makanan yang disyaki untuk siasatan oleh Pegawai Kesihatan
Pastikan tiada orang lain makan makanan tersebut
Maklumkan dengan segera Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat

Oleh itu berhati - hati memilih makanan yang anda makan, pastikan makanan yang anda makan bersih, halal, berkhasiat..

Sumber rujukan : http://fsq.moh.gov.my

MENULIS KEMBALI

PANDUAN TEMUDUGA

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.