Tuesday, May 8, 2012

PINGGAN MANGKUK PUN BOLEH JADI HARAM !


Berhati - hati membeli pinggan mangkuk kerana kini ada pinggan mangkuk yang telah di kategorikan HARAM..!
Petikkan dari Utusan Online memaklumkan FATWA..

Pinggan mangkuk Bone China, Kanta ICL haram
PUTRAJAYA 7 Mei - Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan penggunaan pinggan mangkuk atau perhiasan daripada tulang babi atau Bone China adalah haram.


Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, biarpun tulang tersebut sudah bertukar rupa selepas diproses hingga menjadi abu ia masih dikategorikan sebagai najis berat.
Katanya, ia berdasarkan hukum syarak yang mengharamkan apa jua peralatan diperbuat daripada babi.
"Pada umumnya muzakarah berpandangan peralatan pinggan mangkuk yang dibuat daripada tulang babi walaupun sudah dihancurkan tidak dibenarkan.

"Pihak kami dimaklumkan sebanyak tujuh juta babi disembelih untuk tujuan ini. Biarpun sudah menjadi debu dan dibentuk seperti cawan hukumnya masih haram pada syarak," katanya ketika ditemui selepas Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-99 di sini, semalam.

Beliau berkata, pihak muzakarah membenarkan sekiranya peralatan diperbuat daripada tulang haiwan yang halal dan disembelih mengikut hukum syarak.

"Jika tulang itu daripada haiwan halal contohnya lembu, maka ia dibenarkan dan tiada masalah dengan syarat ia disembelih mengikut syarak terlebih dahulu.

"Bagaimanapun, jika haiwan itu boleh dimakan dalam Islam tetapi tidak disembelih hukumnya haram. Perkara-perkara subahat kita patut elakkan," katanya.
Dalam perkembangan lain, pihak muzakarah turut mengharamkan penggunaan kanta Implantable Collamer Lens (ICL) untuk bidang perubatan mata kerana mengandungi 0.3 peratus kolagen babi.

Katanya, melalui pengharaman ini keharusan menggunakan kanta tersebut sebelum ini terbatal.
"Muzakarah mendapati segi keperluan ia tidak sampai ke tahap mendesak seperti ubat jantung di mana mengikut sains jika tidak pakai membawa mudarat.

"Tetapi yang ini, kalau tak pakai, tak ada apa-apa dan pada masa sama, pesakit masih ada pilihan menggunakan cermin mata, kanta dan lain-lain," katanya.

Contoh pinggan mangkuk BONE CHINA..


Cara mudah nak kenali pinggan mangkuk ini adalah lihat pada trademark 'BONE CHINA' kat bawah pinggan mangkuk ataupun jika kita letak depan cahaya..pinggan ini biasa lutsinar..ia nipis, dan tahan panas..Oleh itu berhati - hati membeli pinggan mangkuk...jangan biarkan makanan halal letak dalam pinggan haram...
BONE CHINA adalah trade mark..yang digunakan untuk beberapa jenama pinggan mangkuk..
SUMBER UTUSAN ONLINE  :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0508&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm

Saturday, May 5, 2012

SE'MAA MANISAN TRADISIONAL KELANTAN

Se'maa manisan tradisional Kelantan.
Se'maa begitulah nama panggilan diberikan kepada sejenis manisan yang unik terdapat dinegeri Kelantan. Se'maa ini dibuat daripada gula dan diwarnakan dengan pelbagai warna makanan bagi menarik pembeli.Gula ini kemudian dipintal dalam bentuk bulatan dan ditaburi tepung gandum bagi mengelakkan ia melekat..

Se'maa ini semakin jarang ditemui dan cara membuat yang sebenar pun saya sendiri tak tahu macam mana..makan pandai lah..

2 biji semaa...

Untuk mudah berigambaran manisan ini..ia seumpama gula kapas ataupun sugar cotton...nak tahu..kena datang ke Kelantan dan beli kemudian makan...Manisan ini digemari oleh kanak - kanak suatu masa dahulu..dan ada pantang larang makan semaa ini..Masa makan jangan jangan bercakap takut tertabur keluar gandum yang ada dalam semaa..

Oleh itu jika anda ke Kelantan..jangan lupa ke pasar Siti Khadijah atau pasar Wakaf Che Yeh dan beli semaa ..kerana saya yakin ..lamat laun makan ini juga akan pupus hilang suatu masa nanti.

Siapa tahu buat semaa ini boleh kongsi resepi dan cara buat....

Wednesday, May 2, 2012

LOMPAT TIKAM KELANTAN

Lompat @ Lopat tikam
Satu makanan tradisi yang turut saya suka adalah lopat tikam..dan ia banyak di jual di Kota Bharu..Biasanya dijual dalam siap bungkus seperti dalam gambar diatas..jom kita buka bungkusan..

Ini dia lopat tikam..terdiri daripada pulut warna merah, kuih hijau dan santan serta pemanisnya adalah nisee atau  air gula melaka..
Biasanya lompat tikam dimakan sebagai bahan pencuci mulut atau desert..jika anda ke Kota Bharu boleh dapatkan lopat tikam ni dipasar wakaf che yeh..


Selamat mencuba ye..

Monday, April 30, 2012

Makanan Tradisional Kelantan Nasi Tupe..

Nasi Tupe @ Tumpang
Hari ini saya berada di Kota Bharu, biasalah balik kampung sempena cuti Hari Pekerja 1 Mei 2012 dan bila balik ke Kota Bharu..mula lah nak makan macam -macam makanan yang kita dah lama tak makan, antara nya nasi tupe atau tumpang.

Pagi ini saya dah jumpa tempat jual nasi ini ni pasar wakaf cek yeh, Kota Bharu..ini merupakan makanan tradisional yang saya makan masa kanak - kanak dahulu dan kini dah jarang atau agak sukar untuk ditemui di jual di kedai - kedai..hatta di Kelantan sekali pun.

Apa kelebihan nasi tupe atau tumpang ni ?..Jom kita lihat isinya...

Ini dia nasi tupe atau tumpang..lauknye..
Nasi tupe atau tumpang sama seperti nasi impit ..dengan pelbagi lauk terbungkus sendiri di dalam pembungkusan daun pisang. Pada kebiasaan nya ada lauk udang gulai seekor, sedikit lauk ikan dan juga sambal ikan di balut bersama nasi impit ini...so kira 4 in 1 lah..' Nasi + Udang + Ikan+ Sambal Ikan ( Serunding ikan le..)..Harga saya beli pun tak mahal cuma RM2.00. sebungkus.

Nasi tupe ini biasa dijual waktu pagi sahaja..dan selain Pasar Wakaf Cek Yeh saya di maklumkan dekat Pasar Kubang Pasu pun ada jual nasi ini..jom try jika Kota Bharu ye...

Jumpa lagi...@ Kota Bharu

Friday, April 27, 2012

Bekalan Ikan Keli Segar Tidak Mencukupi !


Hari ini saya berpeluang bertemu seorang usahawan yang menjual ikan keli segar dan produk ikan keli kering. Apa yang mengejutkan saya, beliau memaklumkan kesukaran nak dapatkan bekalan ikan keli untuk dia pasarkan di pasaraya - pasaraya terutama pasaraya Mydin.

Salah satunya dia tak mampu nak bekalkan ke pasaraya Mydin kerana kuantiti yang banyak diperlukan setiap minggu. Oleh itu dia kini buat ikan keli kering yang dipasarkan ke kedai kedai runcit.

Industri penternakan ikan keli ini boom satu masa dahulu..bila boom banyak orang yang buat dan sertai dan pada masa yang sama muncul pelbagai skim cepat kaya bertopengkan pelaburan dan penternakkan ikan keli yang mana banyak menggugat industri penternakan ikan keli.

Biasalah bila benda boom, banyak yang buat penternakan ini, maka bekalan akan berlebihan maka harga pun jatuh, justeru menjadikan hasil jualan yang diperolehi tidak mampu untuk menampung kos pengeluaran dan memberikan keuntungan pada penternakan ikan keli pada masa itu.

Ini menjadikan banyak ladang penternakan lenyap satu persatu, dan kini menjadikan industri ini kekurangan bekalan. Saya banyak tahu pasal ikan keli ni kerana saudara saya ada jua buat penternakan ikan keli di Terengganu dan saya dan saudara saya tu ada kongsi di blog ini. > http://ikankelibelada.blogspot.com/

Oleh itu saranan saya bila nak buat apa jua bisnes buatlah kajian pasaran, pesaing dan dapatkan ilmu dan teknologi terkini..bila cukup faham berkenaan industri itu barulah anda ceburi dengan yakin dan usaha gigih dan istiqamah melaksanakannya..

MENULIS KEMBALI

PANDUAN TEMUDUGA

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.