Jika anda ke Pasar Tani pernah nampak label label seperti ini ? Anda pernah baca ?. Label yang ada pada sayur dan buah ini akan memberikan anda beberapa maklumat penting seperti nama sayur atau buah itu, negara asal, gred dan juga saiz.
Jika anda ke Pasar Tani pernah nampak label label seperti ini ? Anda pernah baca ?. Label yang ada pada sayur dan buah ini akan memberikan anda beberapa maklumat penting seperti nama sayur atau buah itu, negara asal, gred dan juga saiz.
Hari teknologi makanan nak kongsikan beberapa tips sebelum beli sesuatu mesin atau alat proses makanan.
Bagi usahawan yang buat makanan untuk dijual, sudah pasti bila barang yang di jual laku keras dan usahawan banyak menerima tempahan sudah pasti perlu meningkatkan pengeluaran bagi menampung permintaan.
Ada dua jalan yang boleh dipilih untuk tingkatkan pengeluaran samada tambah kakitangan pengeluaran atau pun membeli dan guna mesin yang boleh keluar produk dengan banyak
Walaubagaimana pun harus diingat tak semua produk makanan yang dibuat boleh kita guna mesin atau alat kerana ada kalanya memang proses itu perlu kita buat sendiri..sama ada mesin belum di cipta ataupun ia memang tidak boleh dibuat dengan mesin.
Saya masih ingat diawal pengeluaran sup bunjut sebuah syarikat A, disebabkan permintaan meningkat syarikat A ini telah upah suri rumah untuk bungkuskan rempahratus sup itu jadi sup bunjut dan bila siap dibawa kekilang untuk dibungkus seterusnya..
Tidak dinafikan penggunaan mesin dan peralatan akan berikan kebaikan pada usahawan makanan yang antaranya..
1. Meningkatkan pengeluaran dan mengurangkan kos
2: Kurang bergantung pada pekerja
Namun begitu sebelum anda beli mesin2 ini beberapa perkara perlu diteliti antaranya:
1: Kesesuaian mesin dengan formula atau resepi kita
2: Bekalan letrik yang di perlukan single phase atau 3 phase.
3: Bekalan letrik dari aspek kuasa..
4: After sale servis mesin
5: Status teknologi mesin.. lama ka baru ?
6: Lesen atau syarat yang diperlukan sebelum dapat guna mesin
7: Kepakaran mesin dan pekerja
8: Harga mesin
9: Jangkahayat mesin
10: Infomasi dari usahawan lain yang pernah guna mesin yang sama.
Perkara yang dinyatakan diatas perlu difikirkan oleh usahawan teknologi makanan sebelum beli mesin ataupun peralatan kerana jika silap beli jawabnya tersadai mesin begitu sahaja dan duit pun rugi.
Teknologi makanan kali ini masih berkongsi berkaitan kualiti makanan yang dihasilkan kerana ia amat penting terutama untuk memastikan produk makanan yang di hasilkan itu akan sentiasa sama dari segi rasa, rupa dan aromanya.
Kegagalan pengusaha mengekalan perkara asas dalam proses makanan akan berikan produk yang tiada kualiti seterus bisnes itu akan gagal.Teknologi Makanan dalam post yang lepas saya dah kongsikan sedikit berkaitan pentingnya kualiti produk makanan yang ingin kita jual.
Ramai yang mungkin tertanya-tanya macam mana nak jaga kualiti produk makanan yang dihasilkan ini supaya rasa, rupa, bentuk (ini kualiti asas) sentiasa sama sepanjang masa.
Rahsianya untuk kita pastikan bahawa produk makanan yang kita hasilkan itu sentiasa sama rasa, bentuk , warna adalah pada awalnya terletak pada RESEPI penghasilan produk itu sendiri atau jika bahasa sains teknologi makanan iaitu FORMULA UNTUK HASILKAN PRODUK.
Resepi atau formula untuk menghasilkan produk makanan ini WAJIB DITULIS DALAM BUKU KHAS !
Perkara ini merupakan perkara asas yang perlu anda ada jika ingin menghasilkan produk yang sentiasa berkualiti asas. Ini amat penting kerana ramai saya jumpa orang yang buat produk untuk jual terlupa atau langsung tak tulis atau ambil remeh perkara ini dan ini terus menjejaskan kualiti penghasilan produk.
Untuk hasilkan produk yang berkualiti asas ini, resepi atau formula ini WAJIB diikut dalam buat produk makanan berkenaan. Kegagalan mematuhi resepi dan formula ini akan menyebabkan produk yang anda hasilkan itu TIDAK SAMA ! . itu yang jadi sekejap masin, sekejap tawar sekejap hangus.. dll . Terutama sekali bila bukan anda (anda cuti atau sakit dan pekerja lain) yang hasilkan produk makanan tersebut..
macam mana nak buat pizza ini sentiasa sedap ? |
Oleh itu nak buat makanan supaya sentiasa berkualiti sama sedap wajib ada RESEPI atau FORMULA
Persoalannya.. apa yang sepatut ada dalam resepi atau formula itu ?
Teknologi makanan akan dikongsikan dalam post yang akan datang... insya Allah..
Ramai daripada kita dah mulakan buat bisnes secara online dipelbagi platform ecommerce. Apa jua yang bisnes anda ceburi sudah pasti ada pesaingan.
Tapi kini pesaingan makin sengit..
Ramai seller di platform eCommerce sekarang mengeluh, sebab seller China start masuk, dan mereka buang harga sampai kita tak larat nak fight.Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.
Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:
NAMA :NOH
Akaun Maybank No. 112361650899.