Wednesday, March 25, 2009

Pemasaran Nadi Perniagaan

Pemasaran merupakan nadi ataupun jatung sesebuah perniagaan kerana tanpa pemasaran, apa jua aktiviti perniagaan alamat lingkup jadinya. Sebelum seseorang usahawan ataupun individu menjadi usahawan, adalah dicadangkan supayan individu berkenaan membuat analisis kendiri. Analisis ini penting untuk menentukkan sama ada individu itu layak ataupun menjadi usahawan !.

Hakikat sebenarnya tidak semua orang mampu menjadi usahawan, walabagaimanapun seseorang itu mampu menjadi usahawan jika ia memiliki ciri -ciri ataupun kehendak serta sanggup hidup dengan displin seorang usahawan. Ayat ini bunyi berbelit - belit namun itulah hakikatnya. Untuk menjadi usahawan yang berjaya sebenarnya akan ditentukan oleh sikap serta displin individu serta semangat yang jitu dengan keinginan yang mantap.

Faktor modal, ilmu bukan menjadi persoalan yang besar sebenarnya, jika sikap keinginan serta displin yang ada, maka terpacullah peribahasa kita; 'Dimana ada kemahuan, disitu ada jalannya'. Untuk menjadi usahawan yang berjaya, kita jangan sekali menjadi usahawan 'pak turut' yang amat berbahaya ataupun usahawan 'know who', kita perlu menjadi usahawan ' know how', kerana 'who' yang kita akan bergantungan itu akan leyap jua akhirnya dan kita akan terkapai-kapai jua, lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang penuh cabaran pada hari ini.

Jika kita nak bela keli kerana dengar keli ada prospek, namun kita sendiri tak tahu nak jual kat mana ini jelas bermakna kita menjadi usahawan ikutan. Oleh itu sebelum kita menceburi apa jua bidang, cari ilmu sebanyak mungkin, buat kajian pasaran, rancang perniagaan kita dengan teliti dan dapatkan maklum balas daripada pelbagai sumber serta buat kajian sendiri. Tanpa ini semua pelaburan serta perniagaan yang ingin kita ceburi itu akan lebur begitu sahaja dan yang bahayanya kita akan dikejar hutang keliling pinggang !.

Kajian pasaran amat penting kita laksanakan, untuk sedikit kemudahan pasaran, jual sesuatu yang diperlu oleh pasaran dengan harga yang mampu diterima oleh pengguna terutama dalam ekonomi terkini. Usahawan perlu amat peka kepada kehendak pasaran, jika tidak dia akan hanyut oleh badai ekonomi. Sebagai contoh pada masa lalu, pek -pek ekonomi sungguh popular terutama untuk produk serbuk pencuci, namun kita pek yang lebih kecil lebih digemari kerana kuasa beli dah menurun dan wang yang ada ditangan pengguna semakin mengecil. Oleh pek sabun dalam saiz pek ekonomi tidak sesuai pada masa kini.

Satu lagi pendekatan yang lebih mudah untuk dilihat adalah, pergi ke hypermarket dan lihat apa yang telah dilakukan oleh 'The Big Boys' atau dengan kata lain apa yang telah dibuat oleh syarikat -syarikat besar. Jika the big terjun kepasaran ataupun melakukan perubahan drastik keatas produk, harga ataupun pembungkusan, kita boleh jadikan ia panduan untuk kita ikut. Ini kerana the big boys ni tak melabur ataupun membuat perubahan tanpa kajian yang mendalam yang melibatkan jutaaan ringgit,kerana pelaburan perubahan mereka juga akan melibatkan jutaan ringgit atau dengan kata lain jika the big boys buat pasti ada lubang duit disitu.

Sebagai contoh jika dahulunya syarikat A tidak pernah mengeluarkan produk kopi campuran 3 dalam 1 Tongkat Ali, namun kini dia dah follow buat juga, pasti ada duit dalam pemasaran kopi campuran 3 dalam 1 tongkat ali.

Trend juga perlu menjadi fokus utama dalam aktiviti pemasaran ini kerana jika dahulu emak - emak kita sunggup beli keli hidup dipasar, balik disiangnya dan digulai ataupun digoreng, adakah perkara yang sama berlaku kepada surirumah yang bekerja tinggal dibandar pada hari ini, jika pasaran keli kita dibandar ?. Semua ini perlu diambil kira dalam aktiviti pemasaran kita. Jika kita bergantung kepada pemborong, kalau pemborong cabut lari, bagaimana ?.

Oleh itu sebelum menceburi apa jua bidang...fikir - fikirkan lah...

Saturday, March 21, 2009

Kaedah Buat Mee Kuning

Mee Kuning atau mee merupakan suatu produk yang amat digemari ramai. Kaedah nakbuat mee ini pun cukup mudah. Bahan asas nak buat mee kuning ini adalah tepung gandum,garam, air abu, minyak masak.

Membuat mee jika anda mahir tak perlu mesin atau peralatan apa-apa pun .Lihat video ini.



Mee Kuning juga boleh dibuat menggunakan mesin seperti ini

Tuesday, March 3, 2009

Muffin Minyak Kelapa Dara


Minyak Kelapa Dara sudah tersohor khasiatnya dan kali ini saya kongsikan kaedah nak guna minyak kelapa dara ini dengan kita buat muffin.

Muffin Minyak Kelapa Dara

Bahan - bahan
  1. Tepung muffin - 500 gram
  2. Minyak Kelapa Dara - 140 gram
  3. Telur ayam - 4 biji.
  4. Air - 115 gram
  5. Serbuk koko* - 50 gram (jika nak muffin rasa koko, jika tidak, tak perlu
Cara - cara membuat
  1. Pukul telur sehingga kembang
  2. Campurkan Minyak Kelapa Dara dan pukul sekali lagi.
  3. Tambahkan serbuk koko dan adun hingga sebati
  4. Tambahkan air sedikit demi sedikit dan sambil mengadun.
  5. Akhir sekali masukkan tepung dan gaul sehingga sebati.
  6. Tuang dalam acuan muffin dan bakar dalam oven hingga masak.

Saturday, February 14, 2009

Tauge Sayur Mudah Banyak Khasiat Tapi Awas....

Tauge merupakan jenis sayuran banyak orang kita makan. Banyak kegunaan tauge ni ada guna dalam popia, sayur, mee kari, char koe tiau, tahu sumbat dan lain - lain lagi.Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita.

Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia. Namun begitu pernahkah anda beli tauge ni ?. Selalunya jika kita beli tauge ni di kedai ataupun dipasar, tauge ni akan disimpan dalam baldi yang ada air, agar tauge ni segar sentiasa dalam air tersebut. Tapi tahukah anda berapa banyak tangan yang dah celup dalam baldi nak ambik tauge ni dan tangan sape ya ?..Cucikah tangan itu ?.Fikirlah sendiri...sendiri mau ingat...

Bagi atasi masaalah ini tauge ni kita boleh buat sendiri dan jual kat rakan dipejabat atau beri kat jiran-jiran. Cara nak buat tauge ni cukup mudah hinggakan anda boleh jadi tauke tauge pulak..Jangan lupa dinegara kita memang ada Persatuan Pengeluar Tauge ni ya !.

Tauge dibuat daripada kacang hijau atau kacang hitam.Cara mudah amik segengam kacang hijau dan rendam dalam air selama 6 jam. Toskan dan masukan kacang ini dalam bekas berlubang halus dan siram setiap 3 jam selama tiga hari. Selepas tiga hari kacang hijau dah jadi tauge dan anda dah jadi tauke tauge la...selamat mencuba..


Thursday, January 15, 2009

PRODUK BARU

Produk baru ini satu tajuk yang menarik kerana saya tahu terutama pelajar tahun akhir food technology dia selalu kena ada projek produk baru ataupun mereka yang bertugas sebagai food tech, boss suruh buat produk baru..

Untuk hasil produk baru ni ada dua konsep, satu produk betul-betul baru dan satu lagi dikenali 'Me Too' produk.

Untuk "me too' atau saya juga produk baru, kita ubahsuailah, contoh mudah kalau orang buat serunding ikan, kita buat serunding ikan keli ataupun orang buat jem nanas kita buat jem nangka, jika ada budu, kita buat budu serbuk..

Untuk produk betui-betui baru..perlu cari idea dan konsep. Pergilah kepasaraya,baca buku masakan, tengok majalah atau surf internet lah nak cari idea ni, kalu dok perap kat bilik hostel dan dok bergayut dengan pak we dan mak we tak dapat lah idea weh..

Idea juga boleh kita develop dari resepi orang tua-tua, contoh benda mudah dodol,kinidah ada dodol perisa strawberi, oren dan pelbagai. Jika dulu kerepek ubi kini dah ada kerepek ubi perisa barbeque,cheese dan pelbagai lagi..ini tiru potato cip la..dek non oiiii...

Idea baru kadang-kadang terbit daripada idea gila-gila...so let your minds flowing orang german kata.Kita juga boleh lihat kepada konsep ataupun asas, contoh jika kita diberi sebiji labu..apa nak buat ?..Tepung, keropok, jam, boleh ka ? Try tengok dan kaji.

Jika kita diberi tulang ayam dan kaki ayam..buang lah..orang makan isi weh..aku buat lawak ni..cuba anda lihat..sos prosperty burger..dia buat daripada apa tu ?..sape boleh teka ?..

Tengok juga tujuan kita, contoh makan baru ni aku nak buat apa ? apa faedahnya..contoh untuk pengguna atau suri rumah kita mungkin buat perencah mudah guna contoh serbuk kunyit bergaram.








ebuku ni saya jual RM100.00 cash.

Minat buat duit klik http://duitsaku.bizz.cc/

MENULIS KEMBALI

PANDUAN TEMUDUGA

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.