Thursday, August 16, 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 2012..MAAF ZAHIR BATIN..

Assalamualaikum semua pembaca muslim dan salam sejahtera kepada semua..terlebih dahulu  saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri tahun 2012 yang akan disambut lebih kurang 2 hari lagi.

Dikesempatan yang mulia ini, saya dan keluarga juga memohon ampun dan maaf daripada pembaca semua jika terdapat salah dan silap dalam penulisan saya maupun pertuturan serta tingkah laku..

Begitulah masa berlalu.dengan pantas ..sedar tak sedar bulan Ramadhan sudah pun berada dipenghujung nya..dan hari ini saya lihat ramai rakan -rakan dah mula bertolak balik kekampung masing-masing bagi menyambut 1 Syawal bersama keluarga serta ibubapa tercinta..Bagi yang memandu ..sentiasalah berhati -hati kerana pandu cermat jiwa  selamat dan poket terselamat dari kena saman..dalam OOPS Selamat...ye..

Bila hari raya tiba maka banyak lah juadah akan disediakan ada yang tradisional dan ade yang moden seperti biskut raya yang pelbagai jenis dan nama akan menghiasi meja makan kita...Antara banyak makanan yang terhidang dipagi raya ..banyak yang tidak akan terpisah dari hadirnya ketupat ...tak kiralah ketupat nasi atau pun ketupat pulut..

Jika rumah dipantai barat ini..ketupatnya adalah ketupat nasi biasanyer..dan ketupat ini dah semacam icon hari raya..dan ketupat ini pun ada macam variati hasil perubahan zaman dan teknologi..dan juga alam sekitar serta lokasi geografi kita..

Kenapa saya katakan demikian..kerna kedudukan geografi kita mampu mempengaruhi jenis ketupat yang kita hidangkan dipagi syawal..kerana nak buat ketupat nasi perlu ada daun kelapa dan juga beras..Jika daun kelapa sukar didapati maka jenis ketupat nasi lain yang akan keluar..

Mana tidak nya di KL ni aje harga 500 helai daun kelapa pun dah cecah hampir RM100.0 ! walhal di kampung tu tak de le rega sangat..dan walaupun ade daun kelapa...maka kena tahu nak menganyam ketupat le..dan anyam kelongsong ketupat ini pun suatu seni yang perlu dipelajari dan mahir..jika  tidak kena  beli le kelongsong ketupat dah sedia dijual...mahal jua..


Kepandaian dan kemahiran nak buat kelongsong ketupat ini boleh dipelajari le..jika mahu..ye..kat mane nak belajar ?..ni hah..lihat video..




Jika daun kelapa pun tak de ..kepandaian dan kerajinan pun tiada..mmm..buat ketupat ini aje lah ye...SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN..


Tuesday, July 31, 2012

Fotografi Makanan Cantik Dan Menyelerakan


Fotografi Makanan merupakan perkara baru yang saya pelajari hari ini setelah baca artikel nya dalam Utusan  Online hari ini..

Fotografi memainkan peranan yang penting dalam bidang pengeluaran makanan kerana ia menjadi media yang mampu menarik pembeli membeli produk ataupun pengunjung mengunjung sesebuah restauran dan banyak lagi faedahnya.

Saya masih ingat lagi pesan pensyarah saya, bahawa jika kita buat atau hasilkan makanan biar sedap dan kelihatan cantik..pasti ada yang membeli dan harga pun boleh dijual lebih pada harga biasa..

Lihat sahaja makanan di hotel yang dihidangkan , penuh hiasan dan 'custom made' untuk menjadikan iannya unik dan menyelerakan..

Contoh mudah adalah  makanan tradisional pantai timur ini, bila dah masuk hotel dan dihias cantik harga pun semakin menaik walaupun diperbuat daripada bahan yang sama..


Bagi usahawan yang mengusahakan makanan haruslah diteliti gambar-gambar yang anda jadikan sebagai label produk , pastikan ianya kelihatan menyelerakan kerana gambar -gambar ini mampu menggoda pembeli bila produk anda terletak dirak - rak pasaraya, lebih lebih lagi jika kita pergi membeli pada bulan puasa.

Gambar atau imej yang menarik sudah pasti dapat menarik perhatian pembeli untuk membeli produk anda. Namun begitu untuk tidak mengelirukan pengguna perkataan " cadangan hidangan" perlu ditulis pada gambar pada label yang berkaitan.


Oleh itu jika kita buat label, menu maupun gambar-gambar yang diupload ke web atau blog pemasaran anda pastikan ia kelihatan cantik dan menyelerakan...hingga meleleh air liur..nak beli dan rasa....

Keperluan fotografi makanan yang cantik ini juga membuka ruang kepada usahawan fotografi melebarkan bidang perkhidmatan fotografi mereka...yang bukan sekadar menjadi jurufoto majlis perkahwinan saja...

Saturday, July 21, 2012

SELAMAT BERPUASA DIBULAN RAMADHAN 1433H


Assalamualaikum dan selamat berpuasa di bulan ramadhan untuk tahun 1433H, semuga puasa kita pada tahun ini lebih diberkati dan dirahmati Allah ..Insya Allah.

Saturday, June 30, 2012

PERINGATAN PENTING LOGO HALAL MALAYSIA..TIADA LAGI AMARAN !


Saya terbaca dalam Harian Metro hari ini yang memaklumkan bahawa pihak JAKIM dah keluarkan kenyataan bahawa TIADA LAGI AMARAN dikeluarkan bagi mana - mana pengusaha premis makanan yang masih menggunakan atau mempamerkan logo Halal selain daripada LOGO HALAL JAKIM bermula 1hb Julai 2012.

Ini bermakna mana- mana premis makanan yang masih pamerkan logo halal selain daripada Logo Halal JAKIM  atau JAIN;  ataupun apa -apa ungkapan Halal akan dikenakan tindakan dan jika sabit kesalahan boleh di denda tidak melebihi RM200,000 ..

Oleh itu jika anda seorang peniaga makanan dan tiada mendapatkan pengesahan halal dari JAKIM atau JAIN ..harap ambil perhatian berkaitan perkara ini..

Tuesday, May 8, 2012

PINGGAN MANGKUK PUN BOLEH JADI HARAM !


Berhati - hati membeli pinggan mangkuk kerana kini ada pinggan mangkuk yang telah di kategorikan HARAM..!
Petikkan dari Utusan Online memaklumkan FATWA..

Pinggan mangkuk Bone China, Kanta ICL haram
PUTRAJAYA 7 Mei - Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan penggunaan pinggan mangkuk atau perhiasan daripada tulang babi atau Bone China adalah haram.


Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, biarpun tulang tersebut sudah bertukar rupa selepas diproses hingga menjadi abu ia masih dikategorikan sebagai najis berat.
Katanya, ia berdasarkan hukum syarak yang mengharamkan apa jua peralatan diperbuat daripada babi.
"Pada umumnya muzakarah berpandangan peralatan pinggan mangkuk yang dibuat daripada tulang babi walaupun sudah dihancurkan tidak dibenarkan.

"Pihak kami dimaklumkan sebanyak tujuh juta babi disembelih untuk tujuan ini. Biarpun sudah menjadi debu dan dibentuk seperti cawan hukumnya masih haram pada syarak," katanya ketika ditemui selepas Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-99 di sini, semalam.

Beliau berkata, pihak muzakarah membenarkan sekiranya peralatan diperbuat daripada tulang haiwan yang halal dan disembelih mengikut hukum syarak.

"Jika tulang itu daripada haiwan halal contohnya lembu, maka ia dibenarkan dan tiada masalah dengan syarat ia disembelih mengikut syarak terlebih dahulu.

"Bagaimanapun, jika haiwan itu boleh dimakan dalam Islam tetapi tidak disembelih hukumnya haram. Perkara-perkara subahat kita patut elakkan," katanya.
Dalam perkembangan lain, pihak muzakarah turut mengharamkan penggunaan kanta Implantable Collamer Lens (ICL) untuk bidang perubatan mata kerana mengandungi 0.3 peratus kolagen babi.

Katanya, melalui pengharaman ini keharusan menggunakan kanta tersebut sebelum ini terbatal.
"Muzakarah mendapati segi keperluan ia tidak sampai ke tahap mendesak seperti ubat jantung di mana mengikut sains jika tidak pakai membawa mudarat.

"Tetapi yang ini, kalau tak pakai, tak ada apa-apa dan pada masa sama, pesakit masih ada pilihan menggunakan cermin mata, kanta dan lain-lain," katanya.

Contoh pinggan mangkuk BONE CHINA..


Cara mudah nak kenali pinggan mangkuk ini adalah lihat pada trademark 'BONE CHINA' kat bawah pinggan mangkuk ataupun jika kita letak depan cahaya..pinggan ini biasa lutsinar..ia nipis, dan tahan panas..Oleh itu berhati - hati membeli pinggan mangkuk...jangan biarkan makanan halal letak dalam pinggan haram...
BONE CHINA adalah trade mark..yang digunakan untuk beberapa jenama pinggan mangkuk..
SUMBER UTUSAN ONLINE  :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0508&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm

MENULIS KEMBALI

PANDUAN TEMUDUGA

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.