Setelah sekian lama rehat aku menulis kembali diblog ini. Blog mungkin bukan menjadi tumpuan pengguna pada masa ini namun aku yakin blog tetap ada peminat tersendiri.
Monday, September 16, 2024
Monday, December 19, 2022
Sunday, May 8, 2022
TUKAR PEMBUNGKUSAN LUASKAN PASARAN.
Antara perkara yang perlu diperhatikan oleh usahawan makanan adalah keperluan untuk merubah atau penukar bentuk dan bahan pembungkusan bagi meluaskan pasaran seterusnya meningkatkan jualan
.
Saya ambik contoh mudah je.. ni KEROPOK AMPLANG.. keropok ini amat popular di Sabah terutama di Tawau.
.
Saya pernah jumpa usahawan yang buat kerepok ini di Tawau. Satu daripada keunikan ini jika dibandingkan dengan keropok yang biasa kita lihat adalah bentuknya seperti bebola dan ia diperbuat daripada isi IKAN TENGGIRI.
Walaubagaimana pun kita keropok amplang ini telah dipelbagaikan variasinya sama ada dari aspek rasa kerana kini dah ada perasa pedas dan ori atau daripada sumber bahan mentahnya..
Kini saya lihat sudah ada Keropok Amplang Udang dan Sotong sungguh menarik supaya pengguna tak jemu beli kerepok amplang ini.Pembungkusan keropok ini pun telah diupgrade oleh sebahagian usahawan disana.
Asal pembungkusan keropok amplang ini adalah dalam plastik biasa je ( spt plastik maruku dlm gambar) dengan satu label stiker.
Tak salah ye nak buat pembungkusan macam ini.. Banyak yang masih jual packaging macam ni..Kini ada jua yg dah guna printed plastik aluminum packaging yang cantik dan menarik.
Kebaikan packaging plastik aluminium macam ini, ia boleh bantu panjangkan jangkahayat produk kerana udara tak boleh masuk dlm pembungkusan yang menjadi produk tak rangup dan rasa tengik.
Dengan packaging macam ini usahawan dpt meluaskan pasaran lebih jauh seperti untuk eksport keluar negara kerana jangkahayat produk dpt dilanjutkan seterusnya dapat meningkatkan keuntungan syarikat
Untuk usahawan lain anda boleh fikirkan perkara ini adakah ia nya sesuai untuk tukar atau tambah jenis dan bentuk pembungkusan untuk produk keluaran anda.
Harus diingat dan dipertimbangkan juga perubahan pembungkusan ini sudah pasti memerlukan modal tambahan untuk buat rekabentuk pembungkusan, pembelian mesin-mesin pembungkusan dll.
Buat kajian dan perancangan yang teliti..
Jika ada pertanyaan atau pandangan boleh tulis diruang komen
Untuk dapat info dan tontonan video teknologi makanan boleh klik link dibawah
Semuga ada manafaat..
LIKE FB >> TEKNOLOGI MAKANAN KONSULTAN
SUBCRIBE YOUTUBE >> TEKNOLOGI MAKANAN
Sunday, April 10, 2022
Cara mudah belajar masak
Bila tahu kajian diatas mungkin ramai yang nak cuba belajar masak ini dan sememang pun lelaki yang pandai masak di sukai kaum wanita.
Chef chef yang tersohor di negara kita dan juga di luar negara adalah kebanyakkan nya lelaki...
Antara fakta yang tidak dapat ditolak.. mak selalu pesan kat kak long ku.. yang baru kawin semasa di kampung dahulu..
Nak jaga suami ini, kena jaga perut dia dan yang dibawah perut, bijak mana perempuan kena pandai masak.. itu pesan arwah emak..pandai masak.. saya pun terikut ikut sama bantu emak sejak sekolah rendah lagi.. so nak kata pandai tak delah... minat ada.. masak ni yang penting minat.. tak kira jantina laki perempuan pun boleh..
Sekarang saya lihat byk dah ambik mudah bab masak memasak ini..entah lah, mungkin kesibukkan waktu serta ketiadaan ruang dan mungkin sebab dah tiada guru.
Kini isu pandai masak semakin serius..katanya dah ada wanita muda berusia 20'an menjadi janda muda gara gara tak pandai masak.
Baru ini saya ada jumpa kawan yang berkongsi cerita yang didah tubuhkan kumpulan chef untuk ajar masak memasak cara mudah..
Boleh lihat kat sini.. >> https://zass.to/MasakanChef
Nak pergi bazar U3 Shah Alam lepas asar.. intai intai apa yang ada..
Saturday, March 12, 2022
Gred dan Kualiti Sayur dan Buah
Jika anda ke Pasar Tani pernah nampak label label seperti ini ? Anda pernah baca ?. Label yang ada pada sayur dan buah ini akan memberikan anda beberapa maklumat penting seperti nama sayur atau buah itu, negara asal, gred dan juga saiz.
Sunday, October 31, 2021
TIP MEMBELI PERALAT ATAU MESIN PEMPROSESAN MAKANAN
Hari teknologi makanan nak kongsikan beberapa tips sebelum beli sesuatu mesin atau alat proses makanan.
Bagi usahawan yang buat makanan untuk dijual, sudah pasti bila barang yang di jual laku keras dan usahawan banyak menerima tempahan sudah pasti perlu meningkatkan pengeluaran bagi menampung permintaan.
Ada dua jalan yang boleh dipilih untuk tingkatkan pengeluaran samada tambah kakitangan pengeluaran atau pun membeli dan guna mesin yang boleh keluar produk dengan banyak
Walaubagaimana pun harus diingat tak semua produk makanan yang dibuat boleh kita guna mesin atau alat kerana ada kalanya memang proses itu perlu kita buat sendiri..sama ada mesin belum di cipta ataupun ia memang tidak boleh dibuat dengan mesin.
Saya masih ingat diawal pengeluaran sup bunjut sebuah syarikat A, disebabkan permintaan meningkat syarikat A ini telah upah suri rumah untuk bungkuskan rempahratus sup itu jadi sup bunjut dan bila siap dibawa kekilang untuk dibungkus seterusnya..
Tidak dinafikan penggunaan mesin dan peralatan akan berikan kebaikan pada usahawan makanan yang antaranya..
1. Meningkatkan pengeluaran dan mengurangkan kos
2: Kurang bergantung pada pekerja
Namun begitu sebelum anda beli mesin2 ini beberapa perkara perlu diteliti antaranya:
1: Kesesuaian mesin dengan formula atau resepi kita
2: Bekalan letrik yang di perlukan single phase atau 3 phase.
3: Bekalan letrik dari aspek kuasa..
4: After sale servis mesin
5: Status teknologi mesin.. lama ka baru ?
6: Lesen atau syarat yang diperlukan sebelum dapat guna mesin
7: Kepakaran mesin dan pekerja
8: Harga mesin
9: Jangkahayat mesin
10: Infomasi dari usahawan lain yang pernah guna mesin yang sama.
Perkara yang dinyatakan diatas perlu difikirkan oleh usahawan teknologi makanan sebelum beli mesin ataupun peralatan kerana jika silap beli jawabnya tersadai mesin begitu sahaja dan duit pun rugi.
Tuesday, October 26, 2021
TEKNOLOGI MAKANAN : CARA JUAL PRODUK MAKANAN : KUALITI PART 3
Teknologi makanan kali ini masih berkongsi berkaitan kualiti makanan yang dihasilkan kerana ia amat penting terutama untuk memastikan produk makanan yang di hasilkan itu akan sentiasa sama dari segi rasa, rupa dan aromanya.
Kegagalan pengusaha mengekalan perkara asas dalam proses makanan akan berikan produk yang tiada kualiti seterus bisnes itu akan gagal.Monday, October 25, 2021
TEKNOLOGI MAKANAN : CARA JUAL PRODUK MAKANAN : KUALITI PRODUK PART 2
Teknologi Makanan dalam post yang lepas saya dah kongsikan sedikit berkaitan pentingnya kualiti produk makanan yang ingin kita jual.
Ramai yang mungkin tertanya-tanya macam mana nak jaga kualiti produk makanan yang dihasilkan ini supaya rasa, rupa, bentuk (ini kualiti asas) sentiasa sama sepanjang masa.
Rahsianya untuk kita pastikan bahawa produk makanan yang kita hasilkan itu sentiasa sama rasa, bentuk , warna adalah pada awalnya terletak pada RESEPI penghasilan produk itu sendiri atau jika bahasa sains teknologi makanan iaitu FORMULA UNTUK HASILKAN PRODUK.
Resepi atau formula untuk menghasilkan produk makanan ini WAJIB DITULIS DALAM BUKU KHAS !
Perkara ini merupakan perkara asas yang perlu anda ada jika ingin menghasilkan produk yang sentiasa berkualiti asas. Ini amat penting kerana ramai saya jumpa orang yang buat produk untuk jual terlupa atau langsung tak tulis atau ambil remeh perkara ini dan ini terus menjejaskan kualiti penghasilan produk.
Untuk hasilkan produk yang berkualiti asas ini, resepi atau formula ini WAJIB diikut dalam buat produk makanan berkenaan. Kegagalan mematuhi resepi dan formula ini akan menyebabkan produk yang anda hasilkan itu TIDAK SAMA ! . itu yang jadi sekejap masin, sekejap tawar sekejap hangus.. dll . Terutama sekali bila bukan anda (anda cuti atau sakit dan pekerja lain) yang hasilkan produk makanan tersebut..
![]() |
| macam mana nak buat pizza ini sentiasa sedap ? |
Oleh itu nak buat makanan supaya sentiasa berkualiti sama sedap wajib ada RESEPI atau FORMULA
Persoalannya.. apa yang sepatut ada dalam resepi atau formula itu ?
Teknologi makanan akan dikongsikan dalam post yang akan datang... insya Allah..
Sunday, October 24, 2021
TEKNOLOGI MAKANAN : BELI BARANG MURAH UNTUK BISNES
Hari ini saya nak share sikit berkaitan lubok beli barang murah untuk kita gunakan sebagai bahan jualan ataupun untuk kita jadikan hadiah percuma dalam usaha kita nak jual produk makanan.
Ramai daripada kita dah mulakan buat bisnes secara online dipelbagi platform ecommerce. Apa jua yang bisnes anda ceburi sudah pasti ada pesaingan.
Tapi kini pesaingan makin sengit..
Ramai seller di platform eCommerce sekarang mengeluh, sebab seller China start masuk, dan mereka buang harga sampai kita tak larat nak fight.Friday, October 22, 2021
TEKNOLOGI MAKANAN: JUAL PRODUK MAKANAN : KUALITI PRODUK
Perkara yang AMAT penting dalam bisnes produk makanan adalah KUALITI PRODUK !.. tanpa kualiti .. tak kemana produk anda.. kenapa saya kata begitu ?
![]() |
| Kari kepala ikan pok dek... |
Umpama kari kepala ikan, hari ini kita beli sedap molek... tetiba esok kita dari kedai yang sama..masin !... lusa tawar... ini kualiti sudah berubah ... oleh itu kita sebagai pembeli nak beli lagi ka dari kedai yang sama ?. sudah pasti tidak..
Ini adalah antara contoh pentingnya penjual makanan menjaga KUALITI PRODUK..
Thursday, October 21, 2021
TEKNOLOGI MAKANAN : CARA BUAT DUIT MENJUAL MAKANAN
Hari ini ramai diantara kita sedang giat mencari wang samaada untuk tambah pendapatan ataupun untuk menyara kehidupan ini.
Saya akan cuba kongsikan cara cara untuk tambah pendapatan dengan menjual produk makanan berdasar pengalaman sendiri dan juga yang dipelajari dari usahawan yang telah berjaya semuga apa yang saya kongsikan ini dapat beri manafaat kepada semua pembaca teknologi makanan.
TEKNOLOGI MAKANAN : PERKARA PERTAMA : CARI PRODUK DAN PILIH PRODUK
Dalam usaha untuk menjual produk makanan ini sudah pasti kita kena hasil dan jual produk yang menjadi pilihan ramai yang mana antara produk makanan itu mesti menarik , sedap , halal, dan pada harga yang berpatutan.
Mungkin anda dah rasa ..ish mana nak cari produk macam ini ?..
Untuk itu buatlah sedikit kajian sama ada dengan memerhati tempat persekitaran anda tinggal, ada tak yang jual produk makanan macam ini ? atau ada orang minat nak beli ataupun buat produk yang sama macam yang dah ramai jual ...tapi di kawasan lain.
Sebagai contoh anda lihat ramai yang jual kambing bakar di bandar A dan mendapat sambutan ramai mungkin ini satu produk yang boleh dijual tempat anda terutama jika tempat anda masih belum jual produk makanan ini.
![]() |
| Nasi Ganja Berdegung..ini je.. |
Kita mungkin tak tahu nak buat makanan ini.. oleh itu jika ia berlaku makan anda kena cari ilmu untuk belajar buat makanan yang kita nak jual itu. Macam mana nak belajar ? .
Sekarang banyak tempat atau cara kita boleh belajar untuk buat makanan ini.
Cara paling mudah boleh belajar di Youtube, baca buku atau keluar modal dengan berguru dengan chef ataupun mereka yang pakar dalam buat makan tersebut.
Belajar di youtube ?, saya pernah jumpa usahawan yang jual produk makanan cupcake dihypermarket yang terkenal hanya bermula dengan belajar diYoutube je.. tak ada yang mustahil jika ada kemahuan.. insya Allah..
![]() |
| Nasi lemak ayam goreng je.. laku.. nasi lemak harum dengan bau pandan.. |
Satu bisnes yang mudah dengan kos yang rendah adalah berniaga burger. Bisnes ini boleh dibuat parttime waktu malam atau pun buat dirumah dan jual dari rumah sahaja..dan di hantar ke pelanggan
Thursday, December 31, 2020
POST TERAKHIR TAHUN 2020 DAN SELAMAT TAHUN BARU 2021
Saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 2021 kepada semua pembaca blog Teknologi Makanan.
Insya Allah pada tahun 2021 saya akan lebih luangkan masa untuk berkongsi info berkaitan teknologi makanan semuga ia dapat membantu pembaca semua.
Mohon maaf jika ada banyak kesilapan pada tahun 2020 dan ketidak sempatan saya untuk update blog teknologi makanan ini.
Hari ini isu makanan halal hangat diperkatakan oleh itu berhati hati dalam memilih makanan yang kita makanan.
Tuesday, May 5, 2020
TEKNIK MENJUAL SECARA ONLINE MUDAH
Barang yang kita beli akan dipos terus kerumah kita tak payah susah nak kekedai lagi.
Kalau sekarang kita menjadi pembeli, kenapa tidak kita pula menjadi penjual online pula ?. Banyak bisnes boleh dibuat secara online dari rumah dengan mudah sahaja.
Untuk menjual secara online kita boleh guna pelbagai pendekatan samada melalui facebook, Whatsapp atau kita jadi penjual di platform pemasaran yang telah sedia ada seperti di Shoppe dan juga Lazada.
Kita boleh mencuba jual barang yang kita ada ataupun kita boleh menjual barang orang lain di Lazada dan juga Shopee.
Untuk menjual kita hanya perlu belajar teknik dan taktik yang betul disamping menjual produk yang dikehendaki orang.

Saya ada kawan yang anaknya menjual produk sampai RM10,000 sebulan di platform yang sedia ada. Cara dia mudah sahaja, dia dapatkan produk makanan yang dijual oleh usahawan IKS di tempat tinggal nya dan menjual di platform pemasaran seperti shopee .
Lazada juga platform yang baik yang boleh kita guna untuk memulakan bisnes online secara mudah.
Saturday, April 25, 2020
Cerita Makanan Semasa COVID 19
Sekarang negara kita Malaysia sedang berada pada fasa akhir PKP 3 dan akan dilanjutkan lagi PKP ini sehingga 12 Mei.
Hari ini merupakan hari kedua umat islam telah mula berpuasa dalam suasana baru PKP ini.
Saya juga terasa terpanggil dan ada sedikit terluang masa untuk menulis berkongsi pengalaman dan sudah pasti berkaitan dengan makanan dan teknologi nya sepanjang bulan Ramadhan dan PKP ini dan kali ini saya menulis dari Kuantan Pahang kerana telah mula berpindah kesini semenjak Oktober 2019.
Pada masa ini, banyak kedai makan tutup di Kuantan serta di Pahang amnya kerana patuh pada PKP ini. Apa yang menarik perkhidmatan penghantaran telah mula menjadi popular dan perkhidmatan ini semakin ramai yang menyertai nya.
Perkhidmatan penghantaran ini ada dikendalikan oleh syarikat seperti Grab Food, Panda Food dan ada juga perkhidmatan persendirian.
Monday, January 27, 2020
TEKNOLOGI MAKANAN : RAHSIA TAMBAH PENDAPATAN TAHUN 2020
Sempena tahun 2020 ini saya ingin berkongsi satu peluang tambah pendapatan untuk semua pembaca blog teknologi makanan.
Peluang tambah pendapatan ini , amat mudah kerana produk yang saya tawarkan ini adalah produk yang digunakan oleh ramai orang dan penggunanya semakin bertambah.
Ini satu lagi cara gerak kerja dalam gig ekonomi juga, yakni kita menjadi agen bebas setelah menjadi pengguna produk.
Peluang tambah pendapatan yang ingin saya perkenalkan kepada pembaca adalah kita menjadi agen penjual simkad tonewow.
Simkad ini merupakan simkad prepaid yang mengunakan line Digi yang didatangkan dengan NOMBOR BARU.
Simkad ini amat mudah utk dijual disebabkan ia mempunyai 2 kelebihan yg amat berfaedah kepada penggunanya.
1. Ia mempunyai pakej langganan hanya dengan top up RM50, penggunanya akan menerima data internet sebanyak hampir 90Gb, dan boleh buat panggilan KESEMUA RANGKAIAN TANPA HAD. Tamat tempoh pakej ini adalah selama 32 hari. Jadi sesiapa yg penggunaan telefon mereka melebih RM50 sebulan adalah amat digalakkan utk menggunakan simkad ini kerana ia boleh menjimatkan duit telefon penggunanya.
2. Satu2nya simkad telefon yang memberikan peruntukan Khairat Kematian kepada penggunanya sehingga RM2,000.
Sebagai pengguna kita automatik boleh menjadi pengedar simkad ini
Untuk keterangan lanjut berkaitan simkad ini anda boleh
klik SINI
Jika anda minat nak jadi pengedar sila >> KLIK SINI.
Bisnes ini cukup mudah kerana setiap dari anda yang sertai akan diberikan satu web promosi yang memudahkan anda untuk berkongsi kebaikan simkad ini.
Ada juga group telegram yang memberi bimbingan untuk anda terus berjaya.
Jika anda anda sebarang pertanyaan boleh whatsap saya ditalian 0138361912 .
Saturday, January 25, 2020
TEKNOLOGI MAKANAN : PELUANG KERJA DALAM GIG EKONOMI 2020
Apa itu GIG EKONOMI ?
Saya dapati dari pembacaan dan juga temu sembang bersama seorang profesor, saya dapati GIG EKonomi merupakan ekonomi yang digerakan oleh individu bebas dan tidak terikat dengan sesuatu syarikat.
Contoh mudah nak faham adalah berkaitan peluang kerja gig ini adalah bila kita lihat GRAB FOOD, Food Panda dan lain lain. Individu yang layak boleh mohon jadi pemandu grab , manakala syarikat hanya sedia platform online untuk pemandu grab berhubung dengan pelanggan.
Satu lagi peluang kerja dan tambah pendapatan melalui gig ekonomi ini adalah bisnes online. Yang sedang popular sekarang ada Shoppee.
Syarikat shopee ini akan sediakan platform bisnes dan mereka yang minat boleh mohon untuk menjadi penjual di platform ini.
Kini ramai yang dah menjana pendapatan yang lumayan hasil berniaga di Shopee ini. Apa yang penting bagi kita ia mudah. Kita perlu cari barang yang nak di jual dan pelajari cara cara menjual nya.
Oleh itu kini tiada sebab kita tak mampu mencari pendapatan dinegara kita. Cuba berniaga di shopee.
Saturday, November 2, 2019
RAHSIA TINGKATKAN JUALAN ANDA
Satu rahsia mudah untuk anda tingkatkan jualan adalah dengan melantik agen dropshiper.
KENAPA PERLU LANTIK AGEN DROPSHIP ? .
Sebab utama jika anda menjual produk anda sendirian, adalah :
banyak mana yang anda boleh jual ?
jika anda sakit, pasti jualan anda terhenti !
sejauh mana anda sanggup pergi untuk menjual ? .
KEBAIKAN MELANTIK #AGEN #DROPSHIP .
1. Mereka yang berminat, tak perlu keluar modal pun.
2. Anda tak perlu sibuk nak bankin komisen..
3. Tak akan berlaku stok yang tak terjual.
4. Anda sebagai pengeluar lebih fokus kepada pengeluaran produk shj.
5. Jimat KOS PEMASARAN dan IKLAN.
KENAPA ORANG BERMINAT NAK JADI AGEN DROPSHIP ?
1.SEBAB Utama , TAK PERLU KELUAR MODAL UNTUK BISNES. 2.AGEN DROPSHIP buat satu #kerjamudah sahaja,iaitu promosi atau iklankan PRODUK ANDA.!
3. tak perlu simpan stok
4. tak perlu hantar atau pos barang !
Untuk faham Sistem dropship boleh lihat gambar.
Keterangan lanjut bagaimana untuk buat jualan dengan sistem dropship dan CARI AGENT DENGAN MUDAH UNTUK JADI DROPSHIPER BISNES ANDA KLIK >> SINI
rasa ada manafaat? belajar sesuatu ? share dengan kawan2.. ye
Sunday, August 5, 2018
TIP BISNES MENJANA RM2,000 SEBULAN
Jika anda berminat nak tambah pendapatan boleh juga lihat kat sini
KLIK sini
http://bit.ly/bisnes1441H
Friday, June 22, 2018
KEPENTINGAN MEMBINA JENAMA DALAM BISNES MAKANAN
Contoh mudah kita lihat jenama kasut terkenal JIMMY CHOO, syarikat Michael Kors telah bersetuju untuk beli jenama JIMMY CHOO pada harga RM5.13 billion (makan tak habis bang).
rujuk> UTUSAN
Proses pembinaan jenama bermula dengan mencipta jenama dan kemudian membentuk logo atau cap dagang seterusnya di daftarkan di Perbandanan Harta Interlek Malaysia atau MYIPO
Tanpa pendaftaran jenama atau cap dagangan anda boleh di ambil orang lain yang kemudiannya didaftarkan di myipo dan akan menjadi milik mereka kerana konsep asas myipo adalah sapa yang daftar dahulu, maka cap dagangan itu adalah ilik mereka.
Pendaftaran Cap Dagangan ini boleh kita lakukan sendiri secara online atau hadir sendiri kepejabat myipo yang berdekatan tempat anda tinggal.
Anda juga boleh upah agen untuk bantu anda daftarkan cap dagangan ini. Walaubagaimana pun kos daftar sendiri dan upah agen adalah tak sama kerana kita turut membayar upah agen tersebut.
Wednesday, June 20, 2018
KUBA GULING
SUMBANGAN IKHLAS
Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.
Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:
NAMA :NOH
Akaun Maybank No. 112361650899.




















